Tune Talk tawar Pakej Perpaduan, insurans kemalangan diri

Tune Talk tawar Pakej Perpaduan, insurans kemalangan diri

Tune Talk telah menyertai Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih (Pakej Perpaduan) dengan harga RM30 dan mengambil inisiatif menawarkan insurans kemalangan diri (PA) percuma kepada pelanggannya untuk membantu dan meringankan bebanan mereka.

Tune Talk telah menyertai Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih (Pakej Perpaduan) dengan harga RM30 dan mengambil inisiatif menawarkan insurans kemalangan diri (PA) percuma kepada pelanggannya untuk membantu dan meringankan bebanan mereka.

TUNE Talk Sdn Bhd (Tune Talk) telah menyertai Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih (Pakej Perpaduan) dengan harga RM30 dan mengambil inisiatif menawarkan insurans kemalangan diri (PA) percuma kepada pelanggannya untuk membantu dan meringankan bebanan mereka.

Ketua Pengarah Eksekutif Tune Talk, Ameen Amaendran, Tune Talk berbesar hati diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada program Pakej Perpaduan untuk membantu golongan sasaran.

Menurutnya, selain menawarkan 30GB data internet, Tune Talk juga memberi lebih nilai dengan menawarkan lima talian untuk satu keluarga bertujuan untuk meringankan bebanan rakyat.

“Kami memahami situasi ekonomi rakyat dan sentiasa mendengar kehendak pengguna. Kami berharap inisiatif ini dapat mendorong pengguna dalam kehidupan seharian terutamanya dengan PA percuma yang kami tawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ameen Amaendran berkata, inisiatif Pakej Perpaduan yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu sejajar dengan matlamat Kerajaan Perpaduan dan Tune Talk untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat dan memastikan misi rangkaian digital akan tercapai.

Pakej Perpaduan menawarkan harga lebih rendah khusus untuk golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ia menawarkan pelan prabayar dengan kelajuan lebih tinggi, namun pada harga yang lebih rendah.

Golongan yang layak dapat menikmati 30GB data internet dengan kelajuan tiga Megabait sesaat (mbps) hanya RM30 dan ianya sah selama 180 hari.

Jika kuota data habis digunakan sepenuhnya sebelum tempoh sah 180 hari, pengguna boleh melakukan penambahan data dengan membeli pas Internet.

Sumber