TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR
VIDEO DREAM MALAYSIA

TOURISM MALAYSIA DAN GOPRO LANCAR
VIDEO DREAM MALAYSIA

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan GoPro dalam usaha menggiatkan semula industri pelancongan bagi mempromosikan keindahan kehidupan dan destinasi-destinasi di Malaysia menerusi pembikinan video ‘Dream Malaysia’.

Dream Malaysia Video Challenge | TTR Weekly


‘Dream Malaysia’ merupakan kempen yang mengetengahkan tarikan-tarikan ekopelancongan dan pelancongan desa selain memberi inspirasi kepada Keluarga Malaysia untuk melancong ke lokasi-lokasi unik yang masih belum diterokai serta mencipta kenangan baharu dengan menggunakan kecanggihan kamera GoPro. Kempen ini bermula pada Mac 2021 dengan penganjuran pertandingan video ‘Dream
Malaysia Challenge’ antara 13 hingga 28 Mac di mana orang ramai berpeluang memenangi alatan elektronik GoPro terkini serta pakej percutian berasaskan alam semula jadi yang menarik di Taman Negara, Gopeng Glamping Park dan Bukit Tadom.


YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dalam ucapan perasmiannya berkata, ‘Dream Malaysia’ menyaksikan gabungan kerjasama yang memfokuskan kepada pendigitalan dalam menyemarakkan industri pelancongan negara. Terdapat pelbagai tarikan di Malaysia tetapi masih ada yang belum mendapat perhatian para pelancong, terutamanya produk-produk ekopelancongan dan pelancongan desa. Melalui GoPro, kami mahu menampilkan kandungan dan perspektif baharu melalui
pengalaman pengembaraan yang menakjubkan bagi Keluarga Malaysia dan warga dunia.


Baki Zainal, Duta Global GoPro yang turut mengambil bahagian dalam perjalanan yang menarik itu berkata, “Kenangan bersama haiwan laut di perairan jernih Pulau Tioman serta pengalaman di kawasan alam semula jadi yang hijau di Malaysia pastinya tidak akan dilupakan. Dengan bantuan kamera GoPro yang terkenal sebagai peranti pengimejan yang serba boleh dan berprestasi tinggi di pasaran, kami berharap kandungan yang disediakan akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk
menerokai destinasi-destinasi unik di seluruh Malaysia.”

BERNAMA - Tourism Malaysia partners with GoPro for 'Dream Malaysia  Challenge' video contest


Video-video yang dihasilkan akan dikongsikan melalui platform media sosial GoPro dan
Tourism Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman Instagram dan Facebook GoPro
(@gopromysg) serta laman Instagram Tourism Malaysia (@malaysia.truly.asia) dan
Facebook (@malaysia.travel.my).