TNB raih sokongan komuniti & konglomerat Jepun

TNB raih sokongan komuniti & konglomerat Jepun

USAHA Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerajui pelaksanaan peralihan tenaga yang bertanggungjawab mendapat sokongan berterusan komuniti awam & komersial, termasuk syarikat antarabangsa yang semakin beralih kepada penggunaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) daripada sumber tenaga suria.

Anak syarikat milik penuh TNB, GSPARX Sdn Bhd sehingga kini telah berjaya memeterai 1,926 projek pemasangan panel solar fotovoltaik di bumbung-bumbung rumah kediaman, bangunan awam dan komersial di seluruh Semenanjung dengan kapasiti berjumlah 271.9 megawatt (MW).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Dato’ Indera Ir. Baharin Din menyifatkan pencapaian itu amat menggalakkan kerana dalam mendukung negara neutral karbon menjelang 2050.

BAHARIN

BAHARIN

TNB telah berjaya memberi kesedaran kepada orang ramai agar beralih kepada tenaga bersih dengan memanfaatkan bumbung-bumbung bangunan mereka.

Malah, katanya, usaha berterusan TNB ini semakin mendapat sokongan para peneraju perniagaan dengan terkini membabitkan peruncit terbesar Asia dari Jepun, AEON melalui AEON CO. (M) BHD yang mengendalikan rangkaian pasar raya kumpulan itu di Malaysia.

“Sebagai syarikat besar dari negara matahari terbit yang sentiasa meletakkan standard yang tinggi, kesediaan AEON menerima tawaran TNB untuk memasang panel solar adalah cerminan bahawa kualiti perkhidmatan diberikan TNB melalui GSPARX adalah menepati jangkaan manakala model perniagaan yang kami kemukakan dapat meningkatkan nilai tambah AEON,” katanya.

GSPARX berjaya mendapat sokongan AEON supaya menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) pada 12 April lalu untuk pemasangan sistem solar di semua 40 pusat beli-belah AEON dan AEON BiG di seluruh negara.

Perjanjian pemasangan itu adalah yang terbesar setakat ini dengan kapasiti berjumlah 78 MW dan membantu TNB merekodkan sejumlah 3,907MW kapasiti TBB, hampir 50 peratus daripada sasaran 8,300 MW dalam perjalanan syarikat utiliti itu ke arah karbon sifar bersih, selari

dengan komitmen peralihan tenaga negara.

Usaha berterusan TNB mendapat sokongan para peneraju perniagaan dan terkini membabitkan peruncit terbesar Asia dari Jepun, AEON melalui AEON CO. (M) BHD.

Usaha berterusan TNB mendapat sokongan para peneraju perniagaan dan terkini membabitkan peruncit terbesar Asia dari Jepun, AEON melalui AEON CO. (M) BHD.

Menurut Baharin, selain tawaran GSPARX yang membolehkan AEON menjana tenaga sendiri melalui pemasangan sistem solar dengan perbelanjaan modal sifar, ia membantu rangkaian pasar raya itu menikmati penjimatan antara 15 hingga 30 peratus kos elektrik.

“Organisasi awam dan komersial yang lain wajar mengikut jejak AEON yang mengambil peluang terbaik inisiatif penjimatan tenaga dan bersama-sama berperanan membangunkan masa depan lebih lestari demi kesejahteraan hidup bersama,” katanya.

Baharin berkata jikalau TNB dan syarikat penjanaan membangunkan ladang solar besar besaran dalam usaha meningkatkan kapasiti TBB negara, GSPARX bersama komuniti pengguna pula berperanan memberi nilai tambah kepada bumbung-bumbung bangunan menerusi penjanaan tenaga daripada cahaya matahari.

Sumber