‘The Rude Girl’ buah tangan MR D.I.Y sempena Tahun Baharu Cina

‘The Rude Girl’ buah tangan MR D.I.Y sempena Tahun Baharu Cina

'The Rude Girl' boleh ditonton di platform Youtube, Facebook, TikTok Mr TikTok MR D.I.Y.

‘The Rude Girl’ boleh ditonton di platform Youtube, Facebook, TikTok Mr TikTok MR D.I.Y.

SEMPENA meraikan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y) melancarkan filem sesawang pendek bertajuk ‘The Rude Girl’.

Filem pendek berdurasi empat minit itu mengisahkan seorang wanita bernama Emily yang pekak dan bisu tinggal di kawasan pangsapuri dianggap biadab oleh jiran-jirannya.

Bagaimanapun, keberanian Emily yang telah berjaya menyelamatkan seorang jirannya yang merupakan warga emas dalam satu kebakaran telah mengubah persepsi mereka terhadapnya selama ini.

“Apabila Emily melihat dapur jirannya terbakar, dia telah menggunakan seluruh tenaga untuk memecah masuk ke dalam rumah tersebut.

“Emily mengalami sesak nafas dan pengsan ketika cuba untuk memadamkan kebakaran itu,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, apabila Emily kembali sedar di hospital, jirannya datang melawat dan mengucapkan terima kasih kepada Emily kerana telah menyelamatkannya.

“Emily tidak dapat mendengar apa yang dikatakan jirannya dan dia menggunakan telefon bimbit untuk menerangkan keadaan dirinya yang pekak dan bisu.

“Jirannya terkejut apabila mendapati Emily seorang yang pekak dan bisu. Akhirnya salah faham oleh jiran-jirannya terhadap sikap Emily telah terjawab,” kata kenyataan itu.

Kisah itu berakhir dengan jiran Emily mengadakan jamuan Tahun Baharu Cina yang meriah dan menunjukkan penghargaan mereka terhadap usaha Emily dengan menggunakan bahasa isyarat.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pada Tahun Baharu Cina, MR D.I.Y mahu mengingatkan rakyat Malaysia kepentingan layanan kita terhadap antara satu sama lain.

“Kami ingin menggalakkan orang ramai supaya saling hormat-menghormati, bertimbang rasa dan memahami diantara satu sama lain,” katanya.

Kini, ‘The Rude Girl’ boleh ditonton di platform Youtube, Facebook, dan TikTok MR D.I.Y.

Sumber