The Enchanted Night Majalah Nona Meraikan Kejayaan Wanita dan dikagumi dalam Pelbagai Bidang

The Enchanted Night Majalah Nona Meraikan Kejayaan Wanita dan dikagumi dalam Pelbagai Bidang

Penganjuran majlis “The Enchanted Night” ini adalah untuk  meraikan golongan wanita yang pernah diiktiraf dalam Nona Superwoman Award 2018 – 2022.  Acara Nona Superwoman Award pernah diadakan sebanyak tiga kali pada tahun 2018, 2020  dan 2022 untuk memperkasakan golongan wanita di dalam pelbagai bidang, sekaligus  menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Nona merupakan portal yang mengangkat dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan  wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi  sekalipun politik. Sinonim dengan motonya iaitu “Realiti Impian Wanita”, setiap Wanita  mempunyai impian dan keinginan kerana dengan mencapainya mereka bahagia dan berjaya.

Perkembangan dunia pada masa kini dengan jelas menunjukkan bahawa wanita tidak hanya  memainkan peranan utama dalam membentuk generasi akan datang, malah menjadi salah  satu pendorong utama bagi kemajuan negara. Oleh karena itu, kejayaan, pencapaian, dan  sumbangan wanita dalam berbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial sangat penting  untuk mencapai kesejahteraan, kemajuan, dan kemakmuran negara yang lebih baik.

Majlis ini diadakan diadakan bukan sahaja untuk mengangkat kaum wanita yang berjaya  dalam pelbagai bidang, malah ianya bertujuan menyuntik semangat kepada mereka yang  ingin berjaya dan mengikut contoh idola mereka di mana Nona menjadi sumber rujukan  kepada mereka ini. Nona percaya, wanita mampu menggalas tanggungjawabnya dengan cara  tersendiri yang tidak terjangka, cuma ianya sering terselindung di sebalik lelaki.

Majlis yang diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur ini juga bakal menyaksikan pelancaran  rasmi kempen Nona No. 1 Inspirasi Wanita. Kempen Nona No.1 Inspirasi Wanita ini bertujuan  untuk menjadikan Nona sebagai pemangkin kepada wanita-wanita untuk berjaya dalam  bidang masing-masing.

Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata, “Kuasa Wanita pada  hari ini tidak dapat disangkal lagi, buktinya ramai daripada golongan wanita menjadi  usahawan yang berjaya dan mereka ini mula menguasai bidang yang dulunya didominasi oleh  kaum lelaki iaitu, politik, sukan, media, keusahawanan dan banyak lagi”. Tambah Syamil lagi,  “wanita yang berjaya ini, akan menjadi sumber inspirasi dan perangsang kepada wanita lain  untuk lebih berjaya. Golongan ini juga mampu menjana ekonomi setempat di samping dapat  meningkatkan keterampilan, pengetahuan dan kesejahteraan.

Majlis The Enchanted Night yang ini diserikan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu  jemputan di kalangan wanita-wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Datin  Amyera, Nur Amirah, Datin Za Glow Glowing, Liza Hanim, Fouziah Gous, Ifa Raziah, Bellapark,

Puan Sri Syazara Aisha, Mawar Rashid, Dato’ Seri Vida dan Cik B, Dr. Soo Wincci, Rizman  Ruzaini, Datin Ayu Roslan Bokitta dan ramai lagi.

Head of Business (Women) Kiffy Razak berkata, “Majlis ini diadakan sebagai usaha  menyatukan wanita-wanita hebat daripada pelbagai bidang di Malaysia. Dengan adanya  hubungan ini, Majalah Nona sebagai satu platform penanda aras wanita sukses dan media  gaya hidup yang dipercayai dapat saling membantu satu sama lain serta membantu  masyarakat melalui pelbagai program CSR.

Tambah Kiffy lagi, “Menyedari tiada lagi mana-mana platform wanita yang kukuh  memperjuangkan pelbagai sisi positif wanita, tiga portal Nu Ideaktiv iaitu Nona, Mingguan  Wanita dan Hijabista kini bergabung di bawah satu payung yang dikenali Segmen Wanita. Di  sinilah tempatnya wanita dapat meluahkan perasaan, berkongsi kejayaan dan bergembira”.

Selain itu, Portal Majalah Bintang Kecil di bawah Nu Ideaktiv bakal menganjurkan salah sebuah  program terkemukanya iaitu Bintang Kecil Mini Fest yang akan diadakan pada 19 dan 20 Ogos  2023 di Plaza Masalam, Shah Alam. Program yang bakal berlansung selama dua hari ini  menghimpunkan kanak-kanak sekolah rendah yang berumur dari 7 – 12 tahun mempunyai  pelbagai bakat, hobi, dan minat. Pelbagai aktiviti telah diaturkan antaranya, pertandingan  Dewi Cilik, pertandingan bercerita dan mewarna, pertunjukan fesyen, seni mempertahankan  diri dan pelbagai acara menarik lagi. Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan artis  jemputan iaitu Mark Adam, Danial Chuer dan ramai lagi. Bintang Kecil Mini Fest ini dijayakan  oleh PTPTN dan juga KARIHOME selaku penaja