Tempat Berkumpul Peminat Muzik: Suasana Jelajah Kopi Bermuzik Memikat Hati Belia

Tempat Berkumpul Peminat Muzik: Suasana Jelajah Kopi Bermuzik Memikat Hati Belia

YB Adam Adli telah secara rasmi memperkenalkan Program Jelajah Kopi Bermuzik dalam sesi media petang tadi. Peristiwa tersebut berlangsung di Starbucks Reserve Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya. Turut menyertai majlis adalah En. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9, Cik Zakiah Hanim, Pengarah Pemasaran dan Kategori, Berjaya Starbucks, dan En. Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Program Jelajah Kopi Bermuzik adalah inisiatif yang bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang industri muzik dan menyajikan hiburan kepada penonton. Ia akan melibatkan persembahan artis di 5 lokasi Starbucks terpilih.

Program selama 2 jam ini bakal menampilkan 3 artis tempatan di setiap lokasi yang akan berkongsi ilmu mencipta lag dan pengalaman mereka berkecimpung dalam industri muzik dan diakhiri dengan persembahan akustik secara eksklusif.

JKB adalah sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Rakita 107.9 dengan kerjasama Starbucks dan Yoodo, yang turut menyokong gaya hidup Rakan Muzik dibawah program Rakan Muda.

Antara artis yang akan turut serta dalam Jelajah Kopi Bermuzik termasuklah Orkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa, Bihzhu dan Heidi Moru. Nantikan pengumuman butiran lanjut di www.instagram.com/rakita.my.

“Sejak Rakan Muda dilancarkan semula pada tahun ini, KBS ingin memperluaskan lagi penglibatan anak muda dengan penyertaan aktif dalam gaya hidup yang keseronokan, bertenaga dan bermakna. Saya ingin mengucapkan terima kash kepada Rakita 107.9 kerana tampil dengan Jelajah Kopi Bermuzik sebagai salah satu inisiatif untuk mengaktifkan Gaya Hidup Rakan Muzik di bawah program Rakan Muda. Di kesempatan ini juga saya ingin seru semua orang muda tapa mengira bangs untuk mendaftar dan meyertai Rakan Muda dan mendapat manfaat yang positif dari program in,” cap YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

“Menerusi Jelajah Kopi Bermuzik, kami menyediakan platform untuk peserta menimba ilmu tentang persembahan dan seni muzik penciptaan lagu di samping berpeluang untuk berdialog secara langsung dengan artis berpengalaman. Dengan menggunakan konse cerita kedai kor program santai in menggalakkan para peserta untuk berkongsi cabaran yang mereka hadapi dan bertanya solan secara langsung kepada artis-artis yang dapat member nasihat dan bimbingan kepada permasalahan mereka,” ujar En. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9.

“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada program Jelajah Kopi Bermuzik untuk memberdayakan generasi muda dan mendorong kreativiti mereka. Bersama-sama, kami menggabungkan tenaga belia, aroma kopi, dan irama muzik untuk membina aspirasi generasi yang penuh bersemangat. Inisiatif in adalah platform bagi anak muda untuk berkembang, menyuarakan diri, dan mencari suara unik mereka dalam dunia ini. Inilah tempat di mana kopi dan muzik bergabung untuk memenuhi cita-cita anak muda.” kata Cik Zakiah Hanim, Pengarah Pemasaran dan Kategori, Berjaya Starbucks.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, “Sebagai syarikat telco digital sepenuhnya, Yoodo sentiasa bertekad untuk menarik minat generasi milenial dan Gen Z. Inilah yang mendorong Yoodo untuk menawarkan pengalaman unik melalui muzik dan hiburan. Selaras dengan perkembangan Yoodo, fokus kami adalah untuk meningkatkan segmen gaya hidup, dan muzik Indie adalah sebahagian besar segmen ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Rakita sekali lagi, daripada membawa lagu-lagu indie yang mendominasi carta Malaysia setiap minggu, hingga menghubungkan rakyat Malaysia melalui perjalanan kopi dan muzik dengan Starbucks.”

Penyertaan di semua lokasi Jelajah Kopi Bermuzik adalah percuma. Peserta di setiap lokasi layak mendapat diskaun 20% untuk kesemua minuman Starbucks sepanjang program jelajah sedang berlangsung. Minuman Starbucks percuma juga menanti anda sekiranya peserta mendaftar dengan Yoodo di lokasi-lokasi JKB. Senarai tarikh dan lokasi JKB adalah seperti berikut:

AgendaTarikhLokasiArtis
Sidang Media29.09.2023Starbucks Reserve Tropicana Garden Mall, Petaling JayaOrkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa
Jelajah Pertama20.10.2023Starbucks Batu Ferringhi, PenangOrkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa
Jelajah Ke-222.10.2023Starbucks Sunway Tambun DT, IpohOrkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa
Jelajah Ke-327.10.2023Starbucks Seri Austin DT, Johor BahruOrkes A. Hizadin, Amir Jahari, Heidi Moru
Jelajah Ke-404.11.2023Starbucks Kota Laksamana DT, MelakaOrkes A. Hizadin, Amir Jahari, Hawa
Jelajah Ke-511.11.2023Starbucks Bamboo Hills DT, Kuala LumpurOrkes A. Hizadin, Amir Jahari, Binzhu

Belia berusia antara 15 hingga 30 tahun dijemput menyertai Rakan Muda untuk peluang mengikuti lebih banyak program-program menarik yang dicipta khusus untuk orang muda Malaysia. Pendaftaran Rakan Muda bole dibuat dengan melayari https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html.