Tawar 15,000 peluang perniagaan

Tawar 15,000 peluang perniagaan

SHAH ALAM – Syarikat pengeluar produk kopi premium, Sebarau Resources Group Sdn Bhd (Sebarau) menawarkan 15,000 peluang perniagaan kepada orang ramai menerusi produk sulung keluarannya, Kopi Kunyit Hitam.

Platform perniagaan itu disediakan bukan sahaja untuk membolehkan pengguna merasai khasiat kunyit hitam dalam diet harian tetapi membantu masyarakat terutamanya yang terjejas akibat Covid-19 untuk mengubah taraf hidup.

Penasihat Sebarau, Mohamad Amirul Shafiq Sudin berkata, pihaknya menyasarkan untuk membimbing seramai 15,000 usahawan dalam tempoh setahun pertama bermula sekarang menerusi model bisnes unik yang diperkenalkan.

Kopi Kunyit Hitam.

Kopi Kunyit Hitam.

Menurutnya, ia merangkumi usahawan di peringkat senior dropship, dropship, ejen, stokis dan leader bagi penjualan Kopi Kunyit Hitam dan pembukaan francais minuman Kopi Kunyit Hitam sedia diminum menggunakan jenama Sebarau Coffee Street.

“Kami membuka pendaftaran dropship kepada yang berminat tanpa perlu membayar yuran pendaftaran atau pegang stok.

“Mereka akan dibimbing untuk menjadi usahawan tanpa perlu keluarkan modal. Dropship ini juga berpeluang menerima ‘jackpot’ atau bonus yang diberikan secara rawak setiap minggu atau bulan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor.


Jelasnya, selepas mendaftar sebagai dropship, peserta berpeluang terpilih untuk mendapat ‘jackpot’ walaupun tanpa sebarang jualan. Lebih istimewa lagi, model bisnes baharu yang diwujudkan oleh Sebarau memberi peluang dropship naik pangkat menjadi senior dropship.

Malah, senior dropship akan menikmati kelebihan dari segi komisyen yang lebih tinggi berbanding dropship selain boleh memiliki dropship sendiri di bawah mereka.

“Kami akan bermula dengan membuka dropship bukan ejen atau stokis seperti mana biasa. Dropship adalah pengguna, daripada penggunalah kita bimbing mereka sebagai usahawan.

Mamu Kokoot (kanan) dan Apit Wan Lebo turut dipilih sebagai duta Kopi Kunyit Hitam.

Mamu Kokoot (kanan) dan Apit Wan Lebo turut dipilih sebagai duta Kopi Kunyit Hitam.

“Selepas membina dropship, barulah bisnes ini dibuka kepada ejen dan stokis yang memerlukan mereka memegang stok serta keluarkan modal,” ujar Mohamad Amirul.

Sasar 10 francais pertama

Sementara itu, menurut Mohamad Amirul pembukaan francais Sebarau Coffee Street diyakini akan memudahkan lagi produk ini dikenali serta mampu menambah bilangan pengguna.

Katanya, konsep francais bukan sahaja memberi kelebihan kepada peserta dari segi pemasaran malah mereka hanya mengeluarkan modal rendah iaitu RM2,000 untuk produk dan peralatan berniaga.

“Pangkalan data akan disediakan untuk kenal pasti masalah francais. Francais percubaan akan dibuka dalam satu acara khas pada 27 Ogos nanti dan dari situ sebarang kelemahan akan ditambah baik,” katanya.

Selain itu katanya, Sebarau turut menyediakan peruntukan berasaskan pinjaman kepada 10 peserta untuk membuka francais pertama dan keutamaan diberikan kepada mereka yang benar-benar berminat memulakan perniagaan.

Jelasnya, menerusi inisiatif itu syarikat akan menyediakan modal perniagaan seperti bekalan produk Kopi Kunyit Hitam dan khemah yang membolehkan usahawan terus menjana pendapatan pada bulan pertama.

Duta Kopi Kunyit Hitam, Abdul Aziz Din atau lebih dikenali sebagai Pak Tam menunjukkan produk keluaran sulung Sebarau.

Duta Kopi Kunyit Hitam, Abdul Aziz Din atau lebih dikenali sebagai Pak Tam menunjukkan produk keluaran sulung Sebarau.

“Mengikut kiraan kasar, jika kopi sedia diminum dijual pada harga RM10 setiap satu dan terjual sekurang-kurangnya 50 gelas sehari, usahawan boleh menjana pendapatan RM4,500 sebulan.

“Untuk bulan pertama mereka sudah mendapat pulangan modal dan boleh membayar semula pinjaman kepada Sebarau. Kita juga akan bimbing mereka untuk tambah cawangan francais,” katanya.

Sesuai untuk lelaki, wanita

Menyentuh tentang kelebihan produk, kunyit hitam diketahui ramai sebagai salah satu herba yang baik untuk kesihatan. Ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Kopi Kunyit Hitam Sebarau dan Sebarau Coffee Street.

“Kami sediakan satu produk kopi untuk gaya hidup sihat kerana setakat ini masih belum ada kopi daripada kunyit hitam yang sedia diminum.

“Ia sesuai untuk semua golongan lelaki atau wanita dan boleh diamalkan setiap hari untuk kekalkan tenaga dalaman,” katanya.


INFO


Jika berminat menjadi dropship, hubungi Sebarau:

-Talian: 013-3400099/ 013-5200099 (WhatsApp/Call)

-Laman web: www.sebarauresourcesgroup.com

-Media sosial: Facebook: @sebaraugroup TikTok: @sebarauresourcesgroup Instagram: @sebarauresoucesgroup Twitter: @se

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber