Inspirasi Destinasi Menarik Percutian Impian

Destinasi Asia - The heart and soul of Asia

  • DESTINAASIA
    • INFO destinaasia
    • Sitemap
    • Hubungi Kami
  • BLOG
  • ADVERTORIAL
  • DIREKTORI
    • Hotel/Resort
    • Kompleks Membeli-belah
    • Foodster
    • Promosi
    • Buffet Ramadhan 2014
  • AKTIVITI
    • Acara
    • Festival
    • Ekspo
    • Review / Launching
    • Hobi / Sukan
      • Aktivit Lasak
      • Hunt
      • Memancing
  • PERKONGSIAN KISAH PERCUTIAN
    • Dalam Negara
    • Luar Negara
  • ALAM SEMULAJADI
  • MAKANAN
  • TRAVELOG
  • TIPS
  • VLOG

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 IPKC 2017

by Leave a Comment

Selat johor kayak

Iskandar puteri Kayak

Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017)

Buat julung kalinya, Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) telah diadakan dengan penuh jayanya. IPKC 2017 merupakan satu acara perlumbaan kayak sejauh 40 kilometer dari Puteri Harbour ke Kampung Sungai Melayu melalui Selat Johor dan ia diadakan pada hari yang bersejarah bersempena Sambutan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Program perlumbaan IPKC 2017 telah mendapat sambutan menggalakkan seramai 150 orang peserta telah menyertai perlumbaan kayak tersebut.

IPKC 2017 telah dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan mendapat sokongan dan dikelola oleh Kerajaan Negeri Johor. Majlis Pelancongan Malaysia menganjurkan acara sebegini buat kali pertama untuk mempromosikan sukan kayak sebagai produk pelancongan popular. Acara ini juga mendapat sokongan dan kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Sukan Negeri Johor, UEM Sunrise, Tourism Johor dan pelbagai pihak yang terlibat.
.
Tujuan IPKC 2017 ini diadakan adalah untuk mempromosikan “Pelancongan Sukan” di Puteri Harbour dan “Pelancongan Eko” di Kampung Sungai Melayu. Menurut Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan & warisan Negeri Johor), dengan prasarana yang serba moden dan lokasi strategik Puteri Harbour di Selat Johor menjadikan sukan kayak ini satu sukan yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan dipromosikan serta dianjurkan setiap tahun.

Kayak jb

Bergambar selepas majlis Perasmian kayak Puteri iskandar

Bagi Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) iaitu Encik Uzaidi Udanis, berkata, acara ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan tiga elemen utama dalam satu destinasi pelancongan iaitu:
-Puteri Harbour amat sesuai dipromosikan dan berpotensi untuk diketengahkan sebagai tempat pelancongan sukan untuk aktiviti berkayak
-Mempromosikan Kampung Sungai Melayu sebagai eko pelancongan kampung tradisional yang berusia 120 tahun dan ia terletak di dalam kawasan perlindungan bakau yang kaya dengan ekosistem pelbagai flora dan fauna.
-Mengetengahkan pelancongan warisan negeri Johor yang kaya dengan sejarah dan adat budaya. Faktor sejarah Melayu lama antara Johor, Riau dan Lingga, menajdikan Iskandar Puteri dan Selat Johor amat sesuai sebagai produk pelancongan warisan.
Bagi acara perlumbaan ini, ia mempunyai enam (6) kategori kayak yang berbeza antaranya ialah kategori pelajar lelaki, kategori pelajar campuran, kategori terbuka lelaki, kategori terbuka campuran, kategori antarabangsa campuran dan kategori agensi pelancongan yang telah dipertandingkan di IPKC 2017 ini. Perlumbaan kayak sejauh 40 kilometer itu bermula dari Puteri Harbour, Iskandar Puteri dan berakhir di Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru.

Di acara tersebut, majlis perasmian telah dirasmikan oleh wakil Menteri Besar Johor, iaitu Dato’ Zulkurnain Hj. Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan & warisan Negeri Johor). Majlis pelepasan pertandingan kayak juga telah dilakukan oleh beliau sambil diiringi oleh Presiden MTC, Uzaidi Udanis.

Majlis Perasmian telah berlangsung di Puteri Harbour iaitu tempat perlepasan peserta kayak manakala majlis penutup oleh Y.Bhg Tuan Yang Dipertua, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Kampung Sungai Melayu. Sambutan hangat cukup jelas kelihatan di mana penduduk Kampung sungai Melayu dan warga Johor sanggup meredah hujan bagi menyaksikan acara penutup di situ.

Bagi Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) iaitu Encik Uzaidi Udanis, acara kayak ini merupakan antara acara terbesar pernah dianjurkan di Puteri Harbour. Encik Uzaidi Udanis juga menjangkakan pada tahun hadapan akan ada lebih banyak penyertaan dari peserta antarabangsa pula. Beliau berharap acara ini bakal menjadi acara ikon sempena tahun melawat Malaysia 2020. Beliau menambah, acara berprestij ini juga akan menjadikan Johor sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Filed Under: AKTIVITI Tagged With: Kayak Johor, Majlis Pelancongan Malaysia, Puteri Iskandar

Social Media Icons

Visit Us On FacebookVisit Us On TwitterVisit Us On PinterestVisit Us On YoutubeVisit Us On GooglePlus

Find us on Google Plus

Subscribe

Subscribe

Recent Posts

  • Vespa Notte Edition edisi terhad untuk pasaran Malaysia
  • Pakej servis minyak enjin BMW kini di Lazada
  • Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal
  • Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b
  • Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac

Popular Post

  • Pulau Aman Homestay
  • Johor Media Trip Malaysia
  • Roof Garden Hotel Bukit Jelutong
  • SAHABAT MEDIA CC1M VMY 2014 HULU SELANGOR
  • MUZIUM BUDAYA CHENG HO

Kategori

Carian

RSS RSS Feed

  • Vespa Notte Edition edisi terhad untuk pasaran Malaysia
  • Pakej servis minyak enjin BMW kini di Lazada
  • Tempat sampah haram jadi kolam air panas terkenal
  • Keuntungan bersih 2018 Petronas Gas meningkat RM1.81b
  • Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac

Tags

AirAsia anda baharu bukan dalam dan Dari dengan depan di dibuka dijangka hilang Hukum ini Islam jadi Johor Bahru ke kereta Kontrak lagi lancar lebih Malaysia minggu operasi pada Pasaran pelanggan Perodua Proton pulau pinang rendah Ringgit rumah Sabah selangor Terengganu tidak tinggi untuk Wanita X70 yang

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 · Modern Portfolio Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in