
Bujins mahu jadi duta batik Malaysia
PENGELUAR batik jenama Bujins beri tumpuan serius mahu menembusi pasaran Eropah menjelang 2020 nanti. Pemiliknya, Amir Harith Mat Kashim berkata, beliau yakin perancangan tersebut dapat dicapai menerusi kolaboratif dengan beberapa pereka fesyen terkenal di peringkat antarabangsa. “Setakat ini saya berjaya memperkenalkan batik jenama Bujins ke persada fesyen antarabangsa di Eropah seperti Paris, Milan dan Netherlands….