Stok minyak sawit Malaysia naik 22.54 peratus pada Ogos

Stok minyak sawit Malaysia naik 22.54 peratus pada Ogos

Pengeluaran MSM juga meningkat sebanyak 8.91 peratus kepada 1.75 juta tan pada Ogos daripada 1.61 juta tan pada bulan sebelumnya. - Gambar hiasan

Pengeluaran MSM juga meningkat sebanyak 8.91 peratus kepada 1.75 juta tan pada Ogos daripada 1.61 juta tan pada bulan sebelumnya. – Gambar hiasan

STOK minyak sawit Malaysia melonjak 22.54 peratus kepada 2.12 juta tan pada Ogos 2023 daripada 1.73 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Di dalam laporan prestasi industri terkininya bagi Ogos 2023, MPOB berkata, inventori minyak sawit mentah (MSM) meningkat sebanyak 35.45 peratus kepada 1.20 juta tan pada bulan lepas daripada 886,384 tan pada Julai dan stok minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 9.03 peratus kepada 924,351 tan pada Ogos daripada 847,773 tan sebelumnya.

Pengeluaran MSM juga meningkat sebanyak 8.91 peratus kepada 1.75 juta tan pada Ogos daripada 1.61 juta tan pada bulan sebelumnya dan pengeluaran isirong sawit meningkat sebanyak 8.63 peratus kepada 420,218 tan daripada 386,841 tan sebelum ini.

MPOB berkata, bagaimanapun eksport minyak sawit turun 9.78 peratus, atau 132,522 tan, kepada 1.22 juta tan pada Ogos daripada 1.35 juta tan sebelum ini manakala eksport oleokimia pula meningkat 11.57 peratus kepada 255,476 tan.

Eksport biodiesel pula mengukuh sebanyak 19.23 peratus kepada 20,032 tan pada Ogos daripada 16,801 tan pada bulan sebelumnya.

Eksport kek isirong sawit (PKC) meningkat 0.80 peratus kepada 195,987 tan daripada 194,438 tan sebelum ini dan eksport minyak isirong sawit juga meningkat 18.19 peratus kepada 91,866 tan daripada 77,729 tan pada Julai.

Tiada import MSM bagi Ogos manakala jumlah import minyak sawit meningkat 6.53 peratus kepada 110,621 tan berbanding 103,837 tan pada bulan sebelumnya. – Bernama

Sumber