StanChart unjur ekonomi Malaysia berkembang 4.8 peratus pada 2024

StanChart unjur ekonomi Malaysia berkembang 4.8 peratus pada 2024

StanChart mengunjurkan prospek ekonomi lebih cerah bagi Malaysia tahun ini. Gambar hiasan

StanChart mengunjurkan prospek ekonomi lebih cerah bagi Malaysia tahun ini. Gambar hiasan

STANDARD Chartered Bank (StanChart) mengunjurkan prospek ekonomi lebih cerah bagi Malaysia tahun ini, dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih tinggi iaitu 4.8 peratus berbanding 4.3 peratus tahun lepas.

Ketua Ahli Ekonomi StanChart bagi Asean dan Asia Selatan, Edward Lee berkata, perbelanjaan pengguna domestik, pelaburan infrastruktur awam dan keadaan industri pelancongan yang bertambah baik dijangka memacu aliran peningkatan di Malaysia, meskipun ekonomi dunia diunjur mencatatkan pertumbuhan sederhana pada 2.9 peratus.

Peruntukan 2024 bagi perbelanjaan pembangunan kerajaan – hampir lima peratus daripada KDNK – adalah tertinggi dalam dekad lepas, katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, situasi sektor tenaga kerja juga kukuh dengan kadar pengangguran pada 3.3 hingga 3.4 peratus.

Sumber