SME Bank jalin kerjasama dengan HDC, Perak SADC

SME Bank jalin kerjasama dengan HDC, Perak SADC

SME Bank telah mengadakan sesi pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Kerjasama itu bertujuan menyokong pertumbuhan perusahaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Industri halal dan menyumbang kepada matlamat untuk mencapai sebanyak AS$3.2 bilion (RM528.93 bilion) bagi pasaran Halal Malaysia menjelang 2030.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Datuk Dr Aria Putera Ismail berkata, kira-kira 84.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor PKS adalah daripada usahawan sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Tidak semua perusahaan ini bersedia untuk memenuhi piawaian dan peraturan global serta memenuhi permintaan tinggi untuk produk dan perkhidmatan yang telah diperakui halal.

“Kerjasama ini bukan sahaja akan menyediakan penyelesaian kewangan kepada PKS berkaitan HDC dan Perak SADC tetapi ia akan memenuhi keperluan untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan PKS dalam industri halal,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Aria (kanan) dan Yahanis (kiri) menunjukkan dokumen MoU sambil disaksikan Ewon (tengah) semasa Majlis Pertukaran MoU yang diadakan semasa MIHAS 2023, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Aria (kanan) dan Yahanis (kiri) menunjukkan dokumen MoU sambil disaksikan Ewon (tengah) semasa Majlis Pertukaran MoU yang diadakan semasa MIHAS 2023, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam majlis pertukaran MoU itu, SME Bank diwakili oleh Aria Putera, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif HDC diwakili oleh Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari manakala Perak SADC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Yahanis Yahaya.

MoU itu disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.

Aria Putera berkata, selain menyediakan sokongan kewangan dan pembinaan kapasiti kepada usahawan di bawah bidang kuasa HDC dan Perak SADC, kerjasama itu akan meneroka peluang bagi SME Bank untuk menyediakan pembiayaan untuk Hab Daging Halal Perak dan usahawan PKS yang akan menjadi sebahagian daripada hab ini.

“SME Bank ialah agensi pelaksana utama untuk pavilion KUSKOP di MIHAS 2023. Pavilion ini berfungsi sebagai platform untuk 24 PKS untuk mempamerkan rangkaian produk dan perkhidmatan mereka yang pelbagai.

“Seramai 12 daripada peserta ini terlibat secara aktif dalam Program Bisnes Eksport (BEP), satu inisiatif strategik yang dilaksanakan oleh SME Bank,” kata Aria Putera.

Ewon (empat dari kiri) bersama Aria (kanan), Yahanis (dua dari kanan) dan KHairul Azwan (dua dari kiri) pada Majlis Pertukaran MoU yang diadakan semasa MIHAS 2023, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ewon (empat dari kiri) bersama Aria (kanan), Yahanis (dua dari kanan) dan KHairul Azwan (dua dari kiri) pada Majlis Pertukaran MoU yang diadakan semasa MIHAS 2023, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Satu lagi platform perniagaan yang wajar diberi perhatian ialah SME XCESS 2023, program pemadanan perniagaan hibrid untuk perniagaan tempatan dan antarabangsa berkembang dan maju ke hadapan.

Dijadualkan berlangsung dari 21 hingga 22 September 2023 di MITEC, Kuala Lumpur, acara itu akan menyediakan laluan kepada PKS untuk meneroka pelbagai program pembiayaan dan melangkaui pembiayaan yang ditawarkan oleh SME Bank bersama rakan kongsinya termasuklah agensi kerajaan, syarikat utama, entiti runcit dan pasar raya besar, pembekal, pengimport dan penghubung pasaran.

Pendaftaran SME Bank XCESS 2023 adalah percuma dan terbuka kepada semua. Sahkan penyertaan anda hari ini dengan melayari https://smebankxcess2023.com/

Sumber