Sesi pembukaan saksi ringgit lemah berbanding dolar AS

Sesi pembukaan saksi ringgit lemah berbanding dolar AS

Unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6630/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada penutupan Khamis. - Gambar hiasan

Unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6630/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada penutupan Khamis. – Gambar hiasan

RINGGIT memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS selepas mata wang AS terus mengukuh berikutan data ekonomi yang menggalakkan, kata seorang pakar ekonomi.

Pada 9 pagi, unit tempatan menyusut nilai kepada 4.6630/6670 berbanding dolar AS daripada 4.6525/6580 pada penutupan Khamis.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pergerakan menaik dolar AS didorong oleh data Jualan Rumah Sedia Ada Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

“Laporan itu membantu mengukur kekuatan pasaran perumahan AS dan merupakan penunjuk utama kekuatan ekonomi keseluruhan selain bacaan kukuh itu turut membantu meningkatkan lagi dolar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, bank pusat utama di seluruh dunia meneruskan pendirian mereka terhadap kenaikan kadar faedah untuk meredakan inflasi.

“Kami percaya trajektori menurun boleh dijangkakan bagi ringgit berbanding dolar AS sepanjang hari,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan agak tinggi berbanding pound Britain kepada 5.9439/9490 daripada 5.9496/9567 pada penutupan semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2588/2618 daripada 3.2776/2817 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1083/1127 daripada 5.1182/1243 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4677/4709 daripada 3.4697/4740 pada penutup Khamis tetapi merosot berbanding baht Thai kepada 13.2796/2978 daripada 13.2720/2934 semalam.

Mata wang tempatan turut lemah berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.36/8.38 sebelumnya dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 312.0/312.5 daripada 311.3/311.9 sebelumnya. – Bernama

Sumber