Seminar Inspirasi Digital – Sinar Harian

Seminar Inspirasi Digital – Sinar Harian

SINAR Harian dan Maxis Business mengadakan seminar Inspirasi Digital Bersama Maxis Business UsahaWIRA hari ini, yang dijangka memberi pelbagai manfaat kepada usahawan untuk menguasai dan mengukuhkan perniagaan mereka dalam bidang pendigitalan.

Seminar yang diadakan di Hotel H Elite Design, Kota Bahru, Kelantan itu dihadiri seramai 200 usahawan termasuk mereka yang berkongsi rahsia kejayaan serta membariskan pakar dalam bidang pemasaran dan pendigitalan.

Program ini merupakan hentian ketiga daripada lima hentian di seluruh negara bertujuan memberi maklumat dan penyelesaian menerusi peneraju industri untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri makanan dan minuman serta runcit untuk menjalani digital. Setakat ini program UsahaWIRA diadakan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Seminar ini akan dimulakan dengan acara perasmian oleh Penasihat dan Penyelesaian Digital, Penggunaan Digital Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Stanley Lo; Naib Presiden Pembangunan Usahawan, Mikro Perniagaan Jabatan Perbankan Runcit Bank Simpanan Nasional (BSN), Nor Azam Nor Rahmat; Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Jualan PKS Pantai Timur Maxis, Buyong Hasnol Ismail @ Hussain.

UsahaWIRA kali ketiga ini diadakan dua sesi meja bulat yang bertajuk Memacu Perniagaan di Era Ekonomi Digital dan 5 Mitos Berniaga Dalam Dunia Digital.

Menerusi program sesi meja bulat pertama, ia akan melibatkan dua panel iaitu Nor Azam dan Stanley Lo dan akan dikendalikan oleh Ketua Jualan SME Selatan Maxis, Hiramn Mohamad Soh.

Panelis sesi meja bulat kedua pula ialah Buyong Hasnol; Pengurus Pemasaran Timuran Setia Industri Sdn Bhd, Soo Lee Chin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tiara Pesona Sdn Bhd, Wan Faiz Wan Mamat serta artis terkenal, Issey Fazlisham sebagai moderator.

Program yang diadakan bermula jam 9 pagi dan berakhir 1.30 petang itu disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial Sinar Harian dan menawarkan pelbagai hadiah istimewa kepada peserta melalui sesi cabutan bertuah.

#UsahaWIRA

#SinarMaxisUsahaWIRA

#MaxisMemperkasakan usahawan

Sementara itu, Maxis Business menganjurkan UsahaWIRA di lima negeri di seluruh negara dengan sesi rangkaian berserta kisah bersiri yang baharu untuk menghubungkan lebih banyak perniagaan dan pengusaha.

UsahaWIRA telah dianjurkan di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak bermula 3 Ogos hingga 24 Ogos ini.

Ketua Segmen PKS Maxis, Kevin Lee berkata, jelajah itu bertujuan untuk mendidik PKS dalam menjalani digitalisasi dengan berjaya serta bersedia untuk masa hadapan.

“Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada program UsahaWIRA yang telah dilancarkan pada tahun 2021 untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi SME oleh MDEC.

“Ini peluang yang baik untuk PKS mendapat inspirasi dan mengambil pengajaran daripada perjalanan rakan-rakan usahawan mereka. Kami telah menolong lebih 25,000 PKS melalui Geran Digitalisasi SME dan berharap dapat menggalakkan penyertaan yang lebih ramai supaya kami boleh membimbing mereka pada setiap langkah,” katanya.

Menariknya, sebagai komitmen untuk memudahkan digitalisasi dengan lebih baik dan pantas untuk perniagaan, Maxis membawa sumbernya ke satu lokasi untuk jelajah UsahaWIRA di seluruh negara.

Menurut Kevin, pengunjung boleh mengetahui tentang pemasaran digital, jualan elektronik, pekerjaan dari jauh dan sebagainya di pameran Maxis Business bersama rakan kongsinya iaitu AmBank, BSN, MDEC serta Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.

“Peserta juga boleh mendapatkan konsultasi percuma untuk memeriksa sama ada mereka layak menuntut sehingga RM5,000 daripada Geran Digitalisasi SME,” katanya.

Beliau berkata, peserta boleh mendapatkan inspirasi melalui sesi meja bulat dengan pemilik perniagaan tempatan yang akan bercerita tentang perjalanan digitalisasi perniagaan mereka, mendapat akses kepada tawaran perniagaan yang eksklusif dan berangkaian antara satu sama lain.

“Untuk memberi inspirasi kepada mereka mencapai aspirasi digital, Maxis juga mempamerkan kisah PKS daripada pelbagai industri merangkumi makanan dan minuman, runcit dan pertanian yang telah meraih faedah daripada Geran Digitalisasi SME,” katanya.

Jelasnya, perniagaan yang sebahagian daripada komuniti UsahaWIRA akan menikmati akses eksklusif kepada bengkel, acara dan panduan untuk memajukan perniagaan. Peniaga juga berpeluang untuk menjalin rangkaian dan belajar antara satu sama lain.

“Maxis telah menyokong komuniti PKS untuk beberapa tahun. Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) oleh MDEC di bawah Geran Digitalisasi SME, Maxis membolehkan PKS yang memohon geran melalui Maxis memilih pelbagai penyelesaian digital dan perhubungan untuk merancakkan aspirasi digital mereka.

“PKS boleh memanfaatkan pelbagai pemasaran digital dan penyelesaian e-dagang di Rangkaian Gred Perusahaan Generasi Seterusnya dan memanfaatkan satu titik sentuhan Maxis untuk pengalaman induksi sehenti yang berada di salah satu rangkaian runcit terbesar di seluruh negara,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program UsahaWIRA Maxis Business: https://business.maxis.com.my/ms/campaign/smegrant/. Berkenaan UsahaWIRADilancarkan pada tahun 2021 untuk memanfaatkan Geran Digitalisasi SME oleh MDEC.

Fokus kepada PKS di seluruh negara dan pameran diadakan di lima hentian di seluruh negara.

Sumber