SEBA 2022: Edisi Utara Yang Pertama

SEBA 2022: Edisi Utara Yang Pertama

 Pulau Pinang, 26 Mac 2022 – Buat pertama kalinya, Yayasan Usahawan Malaysia telah berjaya mengadakan SME and Enterpreneurs Business Awards (SEBA) 2022 Edisi Utara. Majlis ini di hadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahamd Fuzi bin Haji Abdul Razak dan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain. Sebanyak 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah dicalonkan oleh SEBA 2022: Edisi Utara termasuklah usahawan selebriti iaitu En.  Shaheizy Sam dan isterinya, Pn. Syatilla Melvin.

Latar belakang, model perniagaan dan potensi setiap penerima-penerima anugerah telah diteliti oleh badan penasihat yang terkenal seperti Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En. Nitesh Malani; Pengerusi Majlis SEBA, Lyndia Wong; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YBhg. Dato Suriani binti Dato’ Ahmad; Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan DGK Advocates & Solicitors (Penasihat YUM, MyPreneurship), YBhg. Dato’ David Gurupatham; dan Pengerusi Guardian Group, YBhg. Dato’ Lee Chung Han.

SEBA telah melebarkan lagi kawasan hingga ke wilayah Utara, Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur berlandaskan konsep SEBA 2022: Rise UP. Edisi Utara telah menerima respon yang menggalakkan dan telah menerima hampir sebanyak 200 penyertaan dari peneraju-peneraju industri yang telah mendapat kejayaan di Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Daripada 200 penyertaan, sebanyak 27 telah dicalonkan bagi menerima anugerah di acara kemuncak. Para SME dan usahawan yang dicalonkan datang daripada berbeza industri antaranya, F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan, dan sebagainya.

Yayasan Usahawan Malaysia telah dipandang tinggi oleh YB Dato Halim atas usaha mereka untuk membawa SME Entrepreneurs Business Awards ke bahagian utara. Hal ini kerana selepas melalui fasa sukar sepanjang pandemik Covid-19 Yayasan Usaha tetap cekal menghadapi rintangan dan bijak mengambil inisiatif. Beliau juga menggesa para usahawan dan majikan untuk tetap focus dalam pembelajaran berterusan serta mempertingkatkan kemahiran keseluruhan pekerja dan meninggikan tahap pendapatan Pulau Pinang.

Di bawah merupakan senarai penerima anugerah tokoh industry SEBA 2022: Edisi Utara:

  1. En. Shaheizy Sam dan Pn. Syatilla Melvin, Pasangan Usahawan Selebriti Kesayangan Malaysia.
  2. Datuk Sirajudin Y Mohamed Mydin, Pengasas Nasi Kandar Kayu Group
  3. David ST Loh, Jurugambar Terkemuka Dunia & Pakar Inovasi Perniagaan Fotografi dan Seni
  4. Dr. Edmund Lau Kian Hong, Pengarah Eksekutif Dr Ko Skin Specialist

Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En Nitesh Malani berkata, “Yayasan Usahawan Malaysia memilih wlayah Utara untuk menjadi sebahagian dari SEBA 2022 yang mana ia sejajar dengan pelan Penang 2030 yang diterajui oleh kerajaan negeri. Kami menyokong sepenuhnya usaha ini di dalam membangunkan bakat dengan mencungkil serta menyediakan platform untuk memangkin perkembangan berterusan. Yayasan Usahawan Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu peneraju keusahawanan sedia ada dan di masa hadapan”.

Pada tahun ini, penyedia insurans dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia, telah menyertai sebagai Rakan Insurans yang Rasmi dengan menawarkan kepakaran dalam bidang kewangan dan perlindungan kepada semua calon dan penerima anugerah. Sedangkan Standard Chartered Saadiq Berhad pula menyertai sebagai Rakan Perbankan Rasmi, dan menawarkan solusi kewangan kepada semua, akhir sekali Setia SPICE Convention Centre sebagai Penyedia Tempat Acara Rasmi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.seba.asia.