‘SAKSAMA BERSAMA’ TEMA SAMBUTAN HARI WANITA 2022

‘SAKSAMA BERSAMA’ TEMA SAMBUTAN HARI WANITA 2022

KUALA LUMPUR- Setiap tahun hari wanita disambut meriah pada 8 Mac diseluruh dunia bagi menghargai jasa wanita yang signifikan dalam pembangunan negara. Majlis Sambutan Hari Wanita 2022 dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita ‘JPW’ dan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita iaitu YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi.

‘Saksama Bersama’ adalah tema sambutan Hari Wanita 2022 untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman serta dapat merapatkan jurang gender antara seluruh lapisan masyarakat. Ia juga selari dengan tema Hari Wanita Antarabangsa iaitu ‘Gender Equality Today For A Sustainable Tomorrow’ dimana kerajaan memberi tumpuan khusus terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Setelah dua tahun berturut-turut Hari Wanita diadakan secara atas talian akibat pandemik COVID-19, sudah pastinya sambutan tahun ini amatlah meriah dan memberi kelainan berbanding tahun-tahun yang sebelumnya kerana sambutan hari wanita ini diadakan selama tiga hari berturut-turut dengan fokus utamanya mengemilangkan usaha ‘permerkasaan wanita’ yang sudah menjadi misi penting Kementerian” katanya.

Berdasarkan indeks jurang Gender Malaysia (MGGI) 2020, pencapaian wanita amat membanggakan dalam sub-indeks pencapaian dan pendidikan dengan skor 1.059 berbanding lelaki. Sub-indeks kesihatan dan kehidupan mencatatkan skor 0.956 dan sub-indeks kesihatan dan penyertaan ekonomi 0.738 manakala kadar penyertaan tenaga buruh ‘KPTB’ wanita masih rendah iaitu 55.3 peratus pada tahun 2020 jika dibandingkan dengan negara Asia Tenggara lain seperti Singapura 69.7 peratus dan Thailand 66.8 peratus. KWPKM berkata wanita mencatat skor terendah iaitu 0.100 jurang yang sangat jauh dalam penguasaan politik.

KPWKM telah mengiktirafkan ikon-ikon wanita bagi Anugerah Wanita Ikon 2022 dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan, kepimpinan keselamatan, perundangan, wanita bangkit serta Anugerah Khas Tun Fatimah. Anugerah ini khas untuk wanita yang mempamerkan sumbangan luar biasa kepada masyarakat dan negara.

Ikon wanita untuk bidang ekonomi diterima oleh seorang ibu tunggal yang giat berusahah membantu wanita B40 untuk berdikari, beliau juga telah membuktikan wanita boleh berjaya meneraju beberapa jenis perniagaan walaupun tidak berpeluang melanjutkan pelajaran tinggi dan beliau juga telah melahirkan hampir 20 usahawan berjaya iaitu Puan Zamanila Tukimin.

Ikon wanita dalam pendidikan pula diterima oleh Prof. Dr. Saedah Siraj yang merupakan ahli akademik yang komited dan beliau juga aktif dalam penulisan buku. Pada 2019, beliau adalah penerima Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu Negara.

Ikon wanita dalam bidang kepimpinan diterima oleh Puan Hajah Salmah Ibrahim yang merupakan penggiat sosial dan membantu ibu-ibu tunggal berdikari untuk menceburkan diri dalam perniagaan, beliau juga menawarkan peluang perkkajaan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak.

Ikon wanitan dalam bidang keselamatan diterima oleh Puan Pathma Devi A/P Pakrisamy yang merupakan ahli Skuad Waja. Beliau secara langsung terlibat dalam sistem sokongan dalam menyediakan tempat perlindungan sementara, khidmat guaman, sokongan kebajikan dan kaunseling.

Ikon wanita dalam bidang perundangan diterima oleh Puan Nor Zabetha Binti Muhamad Nor yang merupakan seorang peguam yang menyumbang tenaga dan kepakaran dalam bidang perundangan secara percuma. Beliau juga menyumbang kepada penulisan berkaitan undang-undang untuk mengetahui hak seorang wanita terutama jika mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ikon wanita dalam bidang wanita bangkit diterima oleh Puan Nor Azneen Binti Shaharuddin yang merupakan usahawan muda yang pernah jatuh dan bangkit. Kini, beliau telah mencapai jualan mencecah RM430 000 setahun. Beliau juga adalah salah seorang Top Seller Syukor Burger pada tahun 2019.

Akhir sekali, Anugerah Khas Tun Fatimah diterima oleh Puan Norazizah binti Borhan yang merupakan seorang pengasan dan President International Woman Entrepreneurs Association of Malaysia (IWEM). Beliau telah berjaya melahirakan 100 orang usahawan di wanita di serata dunia seperti New York, USA dan United Kingdom.