Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$115.2 billion

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$115.2 billion

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.2 bilion setakat 15 Mac 2022, berbanding AS$115.8 bilion pada akhir bulan lepas.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, bank pusat itu berkata, paras rizab itu memadai untuk membiayai enam bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.2 kali kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$102.0 bilion pada 15 Mac serta kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.0 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.5 billion). – Bernama

Sumber