Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5710/5760 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 pada penutup Rabu. Foto hiasan

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5710/5760 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 pada penutup Rabu. Foto hiasan

RINGGIT memulakan urus niaga pagi ini hampir tidak berubah berbanding dolar AS menjelang pengeluaran data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat bagi Julai lewat petang ini.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.5710/5760 berbanding dolar AS daripada 4.5705/5755 pada penutup Rabu.

Peniaga ActivTrades Dyogenes, Rodrigues Diniz berkata, dolar AS pada masa ini mempamerkan aliran menurun dan ia akan lebih nyata sekiranya menembusi bawah paras 4.5550 dalam beberapa hari akan datang.

“Dari sudut makroekonomi, pelabur mungkin menantikan keluaran data inflasi AS untuk mendapatkan hala tuju selanjutnya.

“Sekiranya bacaan IHP lebih rendah daripada jangkaan, ia boleh mencetuskan pergerakan menurun dalam gandingan mata wang USD/MYR,” katanya kepada Bernama sambil menambah USD/MYR boleh turun sehingga serendah paras 4.5050.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, situasi ekonomi China kini menjadi perhatian, kerana data menunjukkan negara itu sedang berhadapan cabaran dalam mencapai pertumbuhan besar pada 2023.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1798/1837 daripada 3.1897/1934 pada penutup Rabu, meningkat berbanding euro kepada 5.0144/0199 daripada 5.0175/0230 semalam dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8102/8166 daripada 5.8187/8251 sebelumnya.

Berbanding mata wang Asean lain, unit tempatan turut diniagakan lebih tinggi.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3940/3979 daripada 3.3979/4021 semalam (Rabu), mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.10/8.12 daripada 8.13/8.14 dan lebih kukuh berbanding baht Thai kepada 13.0332/0523 daripada 13.0791/0998 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 300.9/301.3. – Bernama

Sumber