Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6925/6965 berbanding paras penutup 4.6670/6745 pada Isnin. Foto hiasan

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6925/6965 berbanding paras penutup 4.6670/6745 pada Isnin. Foto hiasan

RINGGIT meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur menilai jangkaan tempoh masa dan kekerapan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS).

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6925/6965 berbanding paras penutup 4.6670/6745 pada Isnin.

Standard Chartered Bank menjangka Fed menurunkan kadar faedah sebanyak empat kali pada 2024, berjumlah 100 mata asas, dengan inflasi dan geopolitik akan menjadi faktor ancaman kepada senario ini.

Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengelakan risiko menjadi tumpuan utama apabila nilai Indeks Dolar AS meningkat sebanyak 0.52 peratus kepada 102.932 mata.

Sumber