Ringgit terus susut berbanding dolar AS

Ringgit terus susut berbanding dolar AS

Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu ketika pelabur menunggu petunjuk lebih jelas mengenai prospek kadar faedah di negara maju itu.

Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu ketika pelabur menunggu petunjuk lebih jelas mengenai prospek kadar faedah di negara maju itu.

KUALA LUMPUR – Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Rabu ketika pelabur menunggu petunjuk lebih jelas mengenai prospek kadar faedah di negara maju itu.

Pada 9 pagi, ringgit turun ke paras 4.6205/6250 berbanding dolar AS daripada 4.6035/6080, sebelum ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran memberi tumpuan terhadap minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutan AS (FOMC) yang akan diumumkan esok bagi mendapatkan lebih banyak gambaran lebih jelas mengenai pengurangan kadar faedah di negara maju itu pada tahun ini.

“Oleh kerana ringgit sudah pun dalam keadaan terlebih beli pada masa ini, kami menjangkakan beberapa pembetulan teknikal akan berlaku,” katanya.

Sumber