Ringgit susut selepas minit mesyuarat FOMC

Ringgit susut selepas minit mesyuarat FOMC

Gambar hiasan - Foto Bernama

Gambar hiasan – Foto Bernama

RINGGIT meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Khamis selepas harapan melihat pengurangan kadar faedah di negara maju itu pada Mac suram apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) tidak memberi isyarat jelas berkaitan langkah itu.

Pada 9.01 pagi ini, ringgit susut ke paras 4.6400/6445 berbanding dolar AS daripada 4.6300/6355, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, minit mesyuarat FOMC menunjukkan bahawa tempoh terbaik bagi menurunkan kadar faedah AS adalah pada akhir 2024 berdasarkan unjuran terkini inflasi.

“Ini hanya memberi sokongan kepada naratif kadar faedah yang lebih lama,” katanya kepada Bernama.

Sumber