Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT susut pada sesi awal urus niaga Jumaat walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (AS) terus merosot ketika jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah AS pada 2024 ternyata mengatasi pengumuman data, termasuk Jualan Runcit dan Tuntutan Pengangguran yang lebih positif, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit turun ke paras 4.6700/6740 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6745 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan petunjuk jelas daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu ini, pasaran dijangka kembali kepada kemungkinan penurunan kadar faedah bagi strategi jangka masa terdekat.

Kertas Perbendaharaan 10 tahun pula berada di bawah paras empat peratus manakala semua indeks penanda aras ekuiti utama adalah positif.

Sumber