Ringgit semakin susut – Sinar Harian

Ringgit semakin susut – Sinar Harian

Ringgit dilihat semakin susut dengan nilai tukaran semasa RM4.72 bagi A$1 berbanding RM4.49 pada sebelah pagi Jumaat. - Gambar hiasan

Ringgit dilihat semakin susut dengan nilai tukaran semasa RM4.72 bagi A$1 berbanding RM4.49 pada sebelah pagi Jumaat. – Gambar hiasan

RINGGIT dilihat semakin susut dengan nilai tukaran semasa RM4.72 bagi A$1 berbanding RM4.49 pada sebelah pagi Jumaat.

Ia berdasarkan tinjauan tukaran asing di laman sesawang https://www.google.com/finance/quote/USD-MYR.

Selain itu, rata-rata pengguna media sosial seperti Facebook juga memuat naik hantaran berkaitan kejatuhan nilai ringgit dan melahirkan kebimbangan mengenai perkembangan tersebut.

Pada Rabu, ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998 apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Pada 9.01 pagi Rabu, mata wang tempatan merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.

Sumber