Ringgit rendah berbanding dolar AS

Ringgit rendah berbanding dolar AS

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan naratif kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang dijangka berlarutan.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan naratif kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang dijangka berlarutan.

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan naratif kadar faedah lebih tinggi untuk tempoh lebih panjang dijangka berlarutan.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6525/6580 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit lemah berbanding dolar AS hari ini apabila pasaran tenaga kerja AS menunjukkan tanda-tanda kekukuhan, menandakan naratif lebih tinggi dan lebih panjang bagi kadar faedah mungkin berterusan.

“Perkara ini ditambah apabila minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan AS dijangka mengurangkan kadar sehingga akhir 2024,” katanya kepada Bernama.

Sumber