Ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS

Ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS

Nilai ringgit menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis. - Gambar hiasan

Nilai ringgit menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis. – Gambar hiasan

NILAI ringgit menyusut sedikit dan dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) selepas data ekonomi terkini negara itu menguatkan lagi jangkaan bahawa kadar faedah akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lama.

Jualan rumah baharu di AS meningkat 12.3 peratus bulan ke bulan kepada 759,000 unit pada September, lebih tinggi daripada anggaran konsensus sebanyak 680,000 unit.

Ia adalah paras tertinggi sejak Februari 2022.

Pada 9 pagi, ringgit merosot nilai kepada 4.7850/7895 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.7780/7830.

Sumber