Ringgit menonjol tahun ini selepas cecah paras 4.0 berbanding dolar AS

Ringgit menonjol tahun ini selepas cecah paras 4.0 berbanding dolar AS

RINGGIT dijangka menjadi salah satu mata wang yang berprestasi cemerlang di rantau ini pada 2024 jika ia mengakhiri tahun ini pada paras RM4.40 berbanding dolar AS, kata Affin Group.

Ketua Ekonomi Affin Group, Alan Tan Chew Leong berkata, ringgit akan melonjak susulan prospek penurunan kadar faedah di peringkat global termasuk lebihan akaun semasa negara serta disiplin fiskal yang kukuh dan inflasi yang lebih rendah di dalam negara.

“Ringgit agak lemah pada 2023 berbanding mata wang serantau seperti rupiah Indonesia, baht Thailand, peso Filipina, yen Jepun dan renminbi China.

“Bagaimanapun, disebabkan pemulihan ekonomi yang akan menjadi lebih mantap pada 2024, kita menjangkakan ringgit dan yen meningkat tahun ini,” katanya pada taklimat media mengenai pembentangan “Makro dan Tinjauan Pasaran 2024” bank itu di sini hari ini.

Sumber