Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

KUALA LUMPUR – Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa ketika peserta pasaran memberi tumpuan terhadap mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu yang bermula pada Selasa.

Pada jam 9.05 pagi, nilai ringgit meningkat kepada 4.7255/7300 berbanding dolar AS daripada 4.7310/7360 pada akhir urus niaga semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Managemen,t Stephen Innes berkata, mesyuarat FOMC itu amat penting dari segi sokongan terhadap prestasi dolar AS bagi jangka pendek.

“Pergerakan harga akan terhad manakala pasaran kadar faedah AS pula menunjukkan peluang yang hampir sama dengan pengurangan kadar mata asas sebanyak 25 mata asas yang dijangka pada Mac.

Sumber