Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

RINGGIT meneruskan aliran meningkatnya dengan ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan hasil bon AS yang lebih stabil, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.7115/7155 berbanding dolar AS 4.7255/7300 ketika ditutup pada Khamis.

Seorang peniaga berkata defisit perdagangan AS menguncup 9.9 peratus kepada AS$53.8 bilion, terendah sejak September 2020, menurut Jabatan Perdagangan pada Khamis.

Data bagi Julai yang disemak menunjukkan jurang perdagangan meningkat kepada AS$64.7 bilion berbanding US$65 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, pertumbuhan pekerjaan AS berkemungkinan perlahan secara sederhana pada September manakala kadar pekerjaan mungkin berkurangan daripada paras tertinggi 0.5-1.0 bulan, memperlihatkan asas ekonomi yang kukuh di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.1612/1641 daripada 3.1719/1751 ketika ditutup pada Khamis, menyusut berbanding euro kepada 4.9720/9763 daripada 4.9651/9698 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7494/7543 daripada 5.7283/7337.

Mata wang tempatan itu diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7200/7367 daripada 12.7927/8115 pada Khamis dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/302.1 daripada 302.4/303.0 sebelumnya.

Ia lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.32/8.33 berbanding 8.33/8.35 ketika ditutup pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4493 daripada 3.4442/4478 sebelumnya. – Bernama

Sumber