Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan pembetulan teknikal

RINGGIT mencatatkan penurunan hari ini selepas peningkatan tiga hari dagangan berturut-turut susulan pengumuman data Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia (IPP) yang rendah dan pembetulan teknikal, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6675/6725 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6340/6400 pada Isnin.

Menurut Jabatan Perangkaan, IPP Malaysia yang terdiri daripada tiga sektor iaitu perlombongan, pembuatan dan elektrik, susut sebanyak 0.5 peratus tahun ke tahun pada September 2023.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, angka IPP itu menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terdedah kepada persekitaran luar.

Sumber