Ringgit ditutup rendah akibat ketidaktentuan ekonomi

Ringgit ditutup rendah akibat ketidaktentuan ekonomi

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan ekonomi. - Gambar hiasan

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan ekonomi. – Gambar hiasan

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan ketidaktentuan ekonomi, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang mata wang tempatan itu merosot kepada 4.6575/6610 berbanding dolar AS 4.6465/6495 ketika ditutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan monetari Rizab Persekutuan AS yang seterusnya tidak dapat dipastikan pada masa ini.

“Oleh itu, sidang kemuncak Jackson Hole minggu ini akan menjadi platform utama yang akan dipantau rapi untuk petunjuk mengenai prospek masa depan,” katanya kepada Bernama.

Simposium Jackson Hole – perhimpunan tahunan bank pusat global – berlangsung dari 24 hingga 26 Ogos 2023, dan akan dipantau dengan teliti, khususnya ucapan pengerusi Fed Jerome Powell tentang cara dasar monetari AS akan berkembang pada masa hadapan.

Penganalisis itu juga berkata, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.27 peratus kepada 103.839 mata berikutan permintaan meningkat terhadap dolar AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0348/0385 daripada 5.0689/0721 pada Selasa, menokok berbanding pound Britain kepada 5.8880/8924 daripada 5.9406/9444 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2026/30192 daripada 3.1919/1942 sebelum itu.

Unit tempatan itu juga diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN lain. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4309/4340 daripada 3.4312/4336 pada Selasa dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.2813/2970 daripada 13.2928/3079 sebelumnya.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.21/8.22 daripada 8.24/8.25 tetapi merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/304.8 daripada 303.3/303.6 sebelumnya. – Bernama

Sumber