Ringgit dijangka stabil pada 4.54-4.58 berbanding dolar AS

Ringgit dijangka stabil pada 4.54-4.58 berbanding dolar AS

RINGGIT diunjur stabil berbanding dolar AS pada jajaran RM4.54-RM4.58 menjelang akhir tahun ini susulan jangkaan penyusutan dolar AS dan hasil Perbendaharan Amerika Syarikat (AS) apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka memulakan kitaran penurunan kadarnya pada 2024.

Ketua Ahli Ekonomi OCBC Bank, Selena Ling berkata, pertumbuhan stabil ekonomi China juga dijangka memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia kerana kedatangan pelancong dari negara itu terus kekal kukuh.

“(Unjuran) itu kelihatan agresif. Saya fikir kebanyakan keadaan adalah pada sekitar 4.45 (berbanding dolar AS). Kami menjangka asas domestik yang bertambah baik akan terus menyokong mata wang tempatan,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Ekonomi Malaysia 2024, di sini pada Rabu.

OCBC Bank dalam satu kenyataan berkata, 2023 merupakan tahun mencabar bagi Malaysia berikutan tekanan luaran dan ketidaktentuan di dalam negara.

Sumber