Ringgit dibuka tinggi menjelang rombakan Kabinet

Ringgit dibuka tinggi menjelang rombakan Kabinet

Pada 9 pagi Selasa, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850. - Gambar hiasan

Pada 9 pagi Selasa, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850. – Gambar hiasan

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dalam keadaan dagangan yang berhati-hati dengan para pelabur memantau rapat perkembangan semasa termasuk pengeluaran data inflasi AS dan rombakan Kabinet Malaysia.

Pada 9 pagi, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, anggaran konsensus telah menempatkan data keseluruhan indeks harga pengguna (IHP) AS untuk November 2023 pada 3.1 peratus, susut sedikit daripada 3.2 peratus sebelumnya, manakala IHP teras mungkin kekal pada 4.0 peratus.

Indeks Dolar AS (DXY) dilihat meningkat 0.08 peratus kepada 104.095 mata.

Sumber