Ringgit dibuka tinggi, meningkat berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi, meningkat berbanding dolar AS

RINGGIT tinggi pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan pelabur mengenepikan data Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.6405/6455 berbanding dolar AS daripada 4.6425/6455 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IHP keseluruhan dan IHP teras Amerika Syarikat (AS) tinggi sedikit pada Disember, masing-masing sebanyak 3.4 peratus dan 3.9 peratus berbanding anggaran konsensus sebanyak 3.2 peratus dan 3.8 peratus.

Sementara itu, pasaran bon terus mencatatkan penurunan hasil, menunjukkan peserta pasaran menjangka penurunan kadar.

Sumber