Ringgit dibuka rendah, indeks dolar AS mengukuh

Ringgit dibuka rendah, indeks dolar AS mengukuh

Ringgit dijangka berlegar antara RM4.66 hingga RM4.68 hari ini - Gambar hiasan 123RF

Ringgit dijangka berlegar antara RM4.66 hingga RM4.68 hari ini – Gambar hiasan 123RF

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.1 peratus kepada 104.153 mata.

Jangkaan para pelabur mengenai pengurangan kadar yang lebih awal oleh Bank Pusat Eropah turut membantu menyokong dolar AS.

Pada jam 9.06 pagi, ringgit berada pada paras 4.6705/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6665/6700 penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran bon terus meningkat berikutan situasi petunjuk pasaran buruh yang semakin lemah.

Sumber