Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS sesi awal urus niaga

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS sesi awal urus niaga

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam. - Foto hiasan

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam. – Foto hiasan

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu apabila nilai dolar AS meningkat berikutan sentimen yang kian mengukuh bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada 2024.

Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, penurunan berterusan dalam Pembukaan Pekerjaan AS kepada 8.7 juta pada Oktober 2023 daripada paras tertinggi 12.0 juta pada Mac tahun lepas menunjukkan permintaan terhadap tenaga kerja berada dalam trend menurun.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Sumber