Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan kebimbangan yang kian meningkat terhadap prospek masa depan bagi kadar dana Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6905/6955 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Rabu 4.6800/6860.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran mata wang kelihatan tidak menentu sejak dua hari lepas kerana peserta masih tidak pasti mengenai prospek kadar dana Rizab Persekutuan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS yang dijadualkan. pada 12-13 Dis.

“Sementara itu, laporan indeks harga pengguna (IHP) AS minggu depan pada 14 November akan dipantau dengan teliti. Setakat ini, IHP Teras telah turun kepada 4.1 peratus tahun ke tahun pada Sept 2023 daripada setinggi 6.6 peratus pada September 2022,” katanya.

Sumber