Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS

Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS

Pada 9 pagi, unit tempatan itu di paras 4.6450/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6445/6485. - Foto hiasan/Bernama

Pada 9 pagi, unit tempatan itu di paras 4.6450/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6445/6485. – Foto hiasan/Bernama

RINGGIT memulakan urus niaga dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, menjelang pengumuman pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada Khamis ini, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, unit tempatan itu di paras 4.6450/6525 berbanding dolar AS daripada 4.6445/6485, pada akhir urus niaga Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain BNM, kalangan penggiat pasaran juga menunggu keputusan bank-bank pusat lain seperti Reserve Bank of Australia (RBA) dan Bank of Canada (BoC), dengan kebanyakannya mengunjurkan pendirian status quo atau tidak berubah.

“Berikutan itu, perbezaan dari segi dasar monetari global dengan Rizab Persekutuan AS berkemungkinan dilihat lebih memberi kelebihan kepada dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Atas alasan itu, beliau menjangkakan gandingan USD/MYR berada pada julat RM4.64 hingga RM4.66 pada Isnin.

Sementara itu, ringgit dibuka mengukuh berbanding kumpulan mata wang lain

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 5.0068/0149 daripada 5.0388/0432 pada Jumaat, merngukuh berbanding pound Britain kepada 5.8508/8603 daripada 5.8878/8929 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1778/1832 daripada 3.1939/1968.

Pada masa sama, ringgit juga mencatat prestasi kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang Asean lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.4306/4366 daripada 3.4386/4418 pada Jumaat lepas, naik berbanding baht Thailand kepada 13.2261/2531 daripada 13.2677/2852 dan mengukuh berbanding peso Filipina pada 8.20/8.21 daripada 8.21/8.22.

Namun, ringgit hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 304.7/305.3 daripada 304.6/305.1, sebelum ini.

Sumber