Ribuan rakyat Malaysia meriahkan acara Milo

Ribuan rakyat Malaysia meriahkan acara Milo

RIBUAN rakyat Malaysia memberikan sokongan dan hadir memeriahkan acara anjuran Milo, #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang diadakan di Sunway Pyramid pada Sabtu.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, acara istimewa itu meraikan Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun yang menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi varian Milo dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa.

Menurutnya, varian stik pek Milo merupakan rangkaian produk yang berkhasiat sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa Milo hebat.

“Varian tersebut termasuk MILO® 3-in-1, MILO® Original, MILO® with Whole Grain Cereal, MILO® Less Sugar dan MILO® HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna, termasuklah Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.

“Kami gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO® Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia kerana negara ini merupakan pasaran Milo terbesar di dunia. Kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO® Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian Milo kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya.

“Inilah keunikan rangkaian varian stik pek Milo. Kami menawarkan pelbagai jenis Milo kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup anda,” katanya ketika berucap ketika acara Jom Minum Milo bersama Park Seo- Jun di Malaysia! di sini pada Sabtu.

Ribuan rakyat Malaysia teruja apabila Milo merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun.

Ribuan rakyat Malaysia teruja apabila Milo merealisasikan impian mereka untuk #JomMinumMILO bersama Sahabat MILO® Park Seo-Jun.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle Malaysia, Juan Aranols dan duta Milo HI- Fibre yang juga legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Pada acara itu, Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati Milo yang menyebabkan para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® kegemarannya dengan slogan kempen yang kini ikonik, ‘Jom Minum MILO®’.

Menurut Seo- Jun, beliau pernah mendengar bahawa Milo jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

“Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari Milo,” katanya.

Sementara itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman Milo kegemaran rakyat daripada van Milo dan bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO.

Sumber