RESTORAN SISIK KLANG

RESTORAN SISIK KLANG

Bandar Klang ataupun dikenali sebagai Bandar Diraja Selangor sememangnya sangat terkenal dengan makanan laut. Bandar Klang sering dikunjungi masyarakat dari daerah lain kerana terkenal akan ‘syurga’ makanan laut dan juga paling hampir dengan Kuala Lumpur. Ramai yang mengetahui bandar Klang memang terkenal kerana ia Bandar Diraja Selangor, tetapi ada juga yang tidak tahu bahawa daerah ini menawarkan pelbagai hidangan makanan laut pada harga yang sangat kompetetif.

Restoran Sisik antara salah satu restoran yang sangat terkenal dengan makanan laut dan juga sangat menarik perhatian oleh kerana masakan lautnya yang sedap. Lokasi Restoran Sisik yang terletak di Bandar Botani berhadapan dengan pusat membeli-belah GM Klang (GM Klang Wholesales City) menjadikan ia mudah untuk ditemui oleh orang ramai.

Di antara menu yang sering mendapat permintaan dan pilihan orang ramai ialah Ikan Bakar Umbai serta Asam Pedas Melaka. Restoran Sisik yang telah beroperasi sejak dari tahun 2014, sehingga kini masih lagi dikunjungi oleh orang ramai serta menjadi salah satu destinasi pilihan. Selain itu, mereka juga menghidangkan pelbagai pilihan makanan laut yang lain seperti sotong bakar madu dan juga ikan bakar gergasi. Mereka juga menghidangkan makanan kampung.

Memandangkan ikan bakar menjadi menu utama di restoran ini, pemilik restoran ini telah mencipta resepi ikan bakarnya yang tersendiri untuk dihidangkan kepada para pelanggan. Demi menjaga mutu serta menjaga kepuasan pelanggan mereka juga memberikan servis yang terbaik kepada para pengunjung.

Uniknya Restoran Sisik Klang ini disebabkan oleh resepi yang digunakan oleh mereka seperti perapan ikan bakar adalah merupakan ramuan asli dari Melaka dan ternyata ikan bakar yang terdapat di sini sangat berbeza dengan ikan bakar di restoran lain.

Para pengunjung juga boleh memilih pelbagai jenis ikan segar yang dibakar dengan rempah khas serta disirami dengan air asam. Juadah juga dihidangkan ketika masih panas dan aroma yang menusuk hidung membuatkan para pelanggan terliur sementara menunggu giliran.

Bagi menu Asam pedas Melaka mereka pula dihidangkan bersama pelbagai pilihan ikan segar dan dihidangkan panas – panas buat para pelanggan.

Restoran ini juga bukan sahaja menyediakan menu makan tengahari, namun anda boleh juga menjamu selera di sini pada sebelah petang.

Kedudukan lokasi restoran yang terletak di hadapan Blok A GM Klang menjadikan para pelanggan dapat membeli belah di GM Klang setelah menjamu selera ataupun dapat mengisi perut kosong setelah membeli belah.

Restoran ini sangat direkomendasikan kepada seluruh masyarakat untuk menikmati makanan laut hanya di bandar Klang. Jangan lupa singgah dahulu ke Restoran Sisik ini sewaktu melawat ke Bandar Klang. Anda pasti tidak akan rugi.

Alamat : Restoran Sisik, No 32, Jalan Kasuarina 1/KS, Bandar Botanic Klang( Depan GM Klang)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *