RESTORAN REBUNG MELANCARKAN SAJIAN JUADAH RAMADHAN

RESTORAN REBUNG MELANCARKAN SAJIAN JUADAH RAMADHAN

Restoran Rebung telah melancarkan satu sajian juadah bulan Ramadhan dengan bertemakan Selera Warisan Bonda oleh Chef Ismail. Tema ini akan dipersembahkan dengan memperbanyakkan hidangan-hidangan warisan yang hampir ditelan zaman dek arus pemodenan.

Restoran Rebung sangat menitikberatkan harga untuk pakej yang sangat berbaloi kepada semua pelanggan Restoran Rebung. Pakej berbuka di Restoran Rebung ini berkonsepkan buffet Ramadhan. Harga yang ditawarkan bagi seorang dewasa ialah RM 88.00 manakala kanak-kanak yang berumur 5-11 tahun berharga RM 58.00 dengan 100 pilihan hidangan makanan dan minuman.

Sajian dari Restoran Rebung

Istimewanya pada tahun ini, Restoran Rebung menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur. Antaranya Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik serta beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi dan sebagainya. Mereka juga menyediakan hidangan yang wajib seperti Masak Lemak Rebung dan Perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel. Gulai Tempoyak Ikan Patin dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga mereka menyajikan juadah istimewa Ramadhan iaitu Murtabak, Gulai Kawah dan sebagainya. Terdapat pelbagai pilihan air juga seperti air balang pelbagai perisa, Kopi O Kampung, Teh O Panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi. Semuanya berada dibawah satu bumbung Restoran Rebung Chef Ismail.

Selain sajian makanan yang sangat lazat dan berbaloi, Restoran Rebung juga menyajikan persembahan Ghazal yang dibawa khas untuk semua pelanggan yang menjamu selera disana dan akan dipersembahkan oleh Kumpulan Orkes Melayu Rojer. Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat melayu yang sangat popular di Negeri Johor.

Restoran Rebung juga menyediakan perkhidmatan “PICK AND PAY” diamana pelanggan boleh membawa juadah berbuka pulang ke rumah masing-masing. Masa yang ditetapkan untuk perkhidmatan “PICK AND PAY” bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan produk eksklusif dari Restoran Rebung Chef Ismail ini. Beberapa produk yang dikeluarkan adalah seperti Acar Buah resepi asli daripada Chef Ismail dengan harga RM 20.00 sebotol dan mengandungi berat bersih sebanyak 350 gram. Restoran Rebung juga menjual dan menerima tempahan untuk beberapa produk Hari Raya sempena Hari Raya yang bakal tiba. Tarikh tempahan bermula dari sekarang sehingga 29 April 2022. Tarikh mengambil tempahan siap bermula 30 April 2022 sehingga 1 Mei 2022. Pengambilan tempahan ini perlu diambil sendiri di Restoran Rebung. Untuk membuat tempahan ini boleh hubungi 03-2276 3535/2525 (Telefon), 011-2790 6993 (Whatsapp)

Tidak terkecuali, Restoran Rebung menyediakan surau untuk memudahkan pelanggan menunaikan solat tarawih. Solat tarawih ini juga akan diimamkan oleh seorang pekerja Restoran rebung sendiri di surau lelaki pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan ini.

Istimewanya pada setiap Hari Khamis dan Jumaat, terdapat “SPECIAL MENU OF THE DAY”. Berbeza dari hari-hari lain. Menu hidangan istimewa ini akan di umumkan di Laman Facebook Rasmi Restoran Rebung Chef Ismail pada setiap malam sebelum hari tersebut.

Hari raya merupakan hari kemenangan seluruh umat islam. Restoran Rebung akan menyediakan perkhidmatan catering sekiranya Tuan/Puan ingin mengadakan rumah terbuka di halaman sendiri. Di musim perayaan, Restoran Rebung akan menyediakan beberapa juadah hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang, Wajik, Lontong, Aneka Kuih Raya dan sebagainya didalam senarai buffet kami.

Bermula hari ini, Restoran Rebung menerima tempahan pakej buffet Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail, buffet Ramadhan ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bermula 3 April 2022 sehingga 1 Mei 2022. Mereka menggalakkan semua pelanggan membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung di Restoran Rebung. Selain itu, Restoran Rebung juga menyediakan tempahan untuk pelbagai Majlis Keramaian.

Sebarang tempahan untuk sebarang Majlis di Restoran Rebung boleh menghubungi 03-22763535 / 0322762525. Jika untuk perkhidmatan katering boleh menghubungi salah seorang wakil di nombor Muhd Hafiz 017-7787895, Nurul Jannah Jaapar 011-33201245 atau email restoranrebungchefismail@gmail.com