Pusingan varieti benih padi kurangkan risiko penyakit- MARDI

Pusingan varieti benih padi kurangkan risiko penyakit- MARDI

Foong Hin (dua dari kiri) menyampaikan replika geran bantuan kepada salah seorang penerima pada Majlis Perasmian Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang di sini pada Ahad.

Foong Hin (dua dari kiri) menyampaikan replika geran bantuan kepada salah seorang penerima pada Majlis Perasmian Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang di sini pada Ahad.

PESAWAH dinasihatkan membuat ‘rotation’ (pusingan) penggunaan varieti benih padi bagi meningkatkan hasil pendapatan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, penggunaan varieti padi berbeza bagi musim tanaman dapat memberikan hasil yang tinggi kepada pesawah.

“Mungkin satu varieti padi digunakan untuk tiga musim dan selepas itu kita tukar dengan varieti lain untuk mengurangkan kesan kepada jangkitan penyakit dan serangga perosak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang di sini pada Ahad.

Mohamad Zabawi berkata, pesawah di Selangor misalnya perlu mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).

“Sebagai contoh, pesawah di IADA ketika ini menggunakan varieti padi M297 yang agak popular ketika ini dan pada tiga musim akan datang membuat pusingan menggunakan varieti padi berbeza,” ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kerajaan ketika ini giat meneruskan penyelidikan mengenai penghasilan varieti benih padi lebih tahan lasak.

Beliau memberitahu, kajian itu perlu berikutan isu ketidaktentuan perubahan iklim dan cuaca global pada masa ini.

Beliau memberitahu, MARDI antaranya sedang melakukan kajian menyeluruh berkaitan varieti padi tersebut.

“Perkara ini bukan isu baharu dan kita sentiasa mengambil maklum aduan melibatkan pesawah dan kajian bagi menghasilkan padi lebih berdaya tahan sentiasa berjalan oleh semua agensi kementerian termasuk MARDI,” ujarnya.

Sumber