Program Jualan Malaysia (PJM) peringkat kebangsaan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri

Program Jualan Malaysia (PJM) peringkat kebangsaan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri

Program Jualan Malaysia (PJM) Tahun 2022 dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob di Pavillion, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2022 jam 3.00 petang.

Program ini diadakan bagi memulihkan semula ekonomi negara di era endemik dengan menggalakkan berbelanja malah dapat menggunakan peluang untuk berjimat sepanjang tahun dengan memanfaatkan tawaran harga yang berpatutan dan murah dengan slogan kerajaan yang sesuai iaitu Pengguna berhak untuk menentukan apa yang hendak dibeli dan dimana hendak dibeli dan bila hendak dibeli.

KPDNHEP telah memberi penekanan tentang 3 teras utama yang dinama 3R pada tahun 2022 ini. 3R iaitu Recovery (Pemulihan), Revitalise (merancak) dan Revive (menghidup semula) untuk mengembalikan keyakinan pengguna untuk melonjak kembali ekonomi negara.

Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega dan Jualan Akhir Tahun, dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan program utama yang telah dirancang oleh KPDNHEP bermula Januari sehingga Disember 2022. Antara jualan yang dilaksanakan ialah Jualan Tahun Baru Cina, Jualan Hari Raya Aidilfitri, Jualan Pesta Kaamatan, Jualan Hari Gawai, Jualan Mega Merdeka dan Hari Malaysia, Jualan Hari Sukan Negara, Jualan Hari Deepavali dan Jualan Hari Krismas & Year End Sale.

PJM dijangka meningkatkan persaingan sihat dalam sektor peruncitan. Selain menawarkan jualan penjimatan diskaun, ia juga boleh membina rangkaian perhubungan yang baik dan meluaskan kerjasama antara kementerian dan penggiat industri berkaitan untuk mengharungi fasa ini bersama-sama.

PJM juga dijangka menjadi pemangkin untuk menggerakkan lagi sektor peruncitan untuk kembali, menyumbang secara signifikan kepada pencapaian sektor perkhidmatan negara, dan memperluaskan semula peluang pekerjaan untuk lebih 2,000,000 pekerja dalam industri dan industri berkaitan.