Pokanime Planet ‘bergabung’ di Amcorp Mall

Pokanime Planet ‘bergabung’ di Amcorp Mall

BARANGrare, vintage klasik, antik atau apa sahaja nama diberikan, barangan dijual di Amcorp Mall di sini memiliki nilai sentimental terutama bagi pengumpul barangan lama.

Pelbagai pilihan barang vintage digunakan sejak era tahun 1950-an hingga 1990-an boleh didapati di tiga aras bangunan Amcorp Mall dalam tempoh tiga hari bermula Sabtu pada jam 10 pagi sehingga 8 malam.

Lebih menarik acara Pokanime Planet Mini anjuran Rasta Creation Sdn Bhd turut berjalan serentak dan ia merupakan julung-julung kalinya diadakan hasil gabungan dua pihak mewakili golongan muda dan vendor barangan rare dan vintage.

Pengerusi Pokanime Planet, Rasta Rashid berkata, acara itu diadakan kerana mahu pengunjung berpeluang merasai pengalaman sekali seumur hidup yang menampilkan watak-watak anime serta jualan pelbagai barangan antik, aksesori dan pelbagai lagi.

Rasta Rashid

Rasta Rashid

“Mini pelancaran ini juga bagi mempromosikan acara Pokanime Planet pada 17 hingga 18 Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil dan sebagai menguar-uarkan kehadiran Pokanime Planet bagi tahun kedua sekali gus membantu meraih pengunjung di Amcorp Mall.

“Acara turut membantu mempromosikan acara ‘cosplay’ dengan kerjasama ‘collectors pick’ yang mana vendor terdiri daripada penggiat barangan antik bergabung dengan peminat ‘cosplay’ di bawah satu bumbung.

“Pokanime Planet turut membuka booth jualan tiket serta pembelian booth bagi acara bakal berlangsung pada Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil nanti,” katanya ditemui Sinar Harian di Amcorp Mall di sini pada Sabtu.

Hadir sama, penganjur bersama mewakili Amcorp Mall, Edward Loong Jit Wai dan wakil vendor, Zahari Mahmood yang juga merupakan bekas wartawan.

Edward

Edward

Selain itu, menurut penganjur, acara juga bertujuan mencipta peluang menyumbang kepada ekonomi negara menerusi pendekatan 6P iaitu pelancongan, perniagaan dan pekerjaan, pendidikan, pengangkutan, persembahan serta promosi.

Meninjau tapak jualan itu juga, pengunjung pastinya rambang mata melihat dan memilih pelbagai barangan vintage dan rata-ratanya pasti teruja menatap sesuatu barang yang diklasifikasikan sebagai klasik.

Barangan seperti aksesori motosikal, kereta sorong bayi, tin minyak, basikal, botol minuman, perhiasan rumah, jam, pakaian mahupun kereta dan motosikal lama antara dipamer dan dijual di situ.

Mini pelancaran ini juga bagi mempromosikan acara Pokanime Planet pada 17 hingga 18 Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Mini pelancaran ini juga bagi mempromosikan acara Pokanime Planet pada 17 hingga 18 Jun di Exhibition Center Pavilion Bukit Jalil. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Pastinya pengunjung berusia 50 tahun ke atas berpeluang menggamit nostalgia mengenainya yang menceritakan pelbagai kisah suka duka.

Bagi generasi muda, mereka bertuah kerana masih berpeluang menimba pengalaman memenuhi kotak minda selain memperkaya perbendaharaan ilmu dengan menjana pengetahuan baharu.

Sementara itu, Edward berkata, dalam acara berkenaan pengunjung dapat menyaksikan 258 peniaga membawa bersama barangan yang mempunyai keunikan tersendiri malah pembeli boleh tawar-menawar.

Rasta (lima dari kiri), Edward (lima dari kanan) dan Zahari (empat dari kiri) bergambar bersama watak-watak anime di Amcorp Mall. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Rasta (lima dari kiri), Edward (lima dari kanan) dan Zahari (empat dari kiri) bergambar bersama watak-watak anime di Amcorp Mall. – Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

“Setiap satunya mempunyai cerita, tidak hairan walaupun ada sesetengah barangan itu dijual pada harga tinggi sekali pun peminatnya sanggup membayar semata-mata hasrat untuk memilikinya tercapai,” katanya.

Sumber