PNB yakin kepemimpinan Mohammad Azlan kemudi Sapura Energy

PNB yakin kepemimpinan Mohammad Azlan kemudi Sapura Energy

SHAH ALAM – Permodalan Nasional Berhad (PNB) yakin dengan kepimpinan Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam mengemudi Sapura Energy Berhad (SEB) melalui proses penstrukturan dan pemulihan syarikat.

PNB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyokong keputusan Lembaga Pengarah SEB mengenai pelantikan Mohammad Azlan sebagai Pengerusi PNB yang baharu, berkuat kuasa 7 Mei ini.

Dalam kenyataan sama, syarikat itu juga turut mengucapkan penghargaan kepada Tan Sri Shamsul Azhar Abbas atas khidmat beliau sebagai Pengerusi PNB sebelum ini.

“Beliau telah berperanan penting dalam membimbing SEB mendepani tekanan wabak Covid-19 dan peralihan kepimpinan di SEB baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PNB turut mengesahkan Shamsul Azhar menyatakan persaraannya sebagai Pengarah Nomini PNB dan Pengerusi SEB.

Sumber