PLUS sumbang 300 kon keselamatan

PLUS sumbang 300 kon keselamatan

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) komited menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan menyumbangkan 300 kon keselamatan bernilai RM10,000 kepada tiga syarikat pengusaha kenderaan berat.

Syarikat pengusaha kenderaan berat terlibat ialah Persatuan Haulier Malaysia (AMH), Persatuan Pemilik Lori Selangor dan Kuala Lumpur dan Persatuan Pemilik Lori Tipper Selangor dan Kuala Lumpur sebelum ia diedarkan kepada pemandu masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, sumbangan itu pendekatan PLUS untuk mengurangkan kemalangan berpunca daripada lori yang terkandas di lebuh raya.

Menurutnya, penggunaan kon keselamatan penting untuk memberi amaran kepada pengguna dan mengelakkan kemalangan apabila lori terkandas di lebuh raya.

“PLUS sentiasa berkolaboratif dengan pelbagai pihak dalam meningkatkan tahap keselamatan di lebuh raya. Ia termasuklah kolaboratif bersama pihak penguatkuasaan seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di lebuh raya.

“Kali ini, kami berkolaborasi dengan pengusaha syarikat lori untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kon keselamatan kepada tiga syarikat kenderaan berat, di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sumbangan kon keselamatan itu lanjutan daripada Program Keselamatan PLUS bersama Komuniti Lebuhraya termasuk pengusaha syarikat lori yang dianjurkan baru-baru ini.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *