PKNS tawar diskaun berganda sempena ulang tahun ke-55

PKNS tawar diskaun berganda sempena ulang tahun ke-55

SHAH ALAM – Koleksi Hartanah PKNS Siri 2/2019 kini sedang berlangsung di Atria Lagenda, Kompleks PKNS Shah Alam bermula 26 Julai sehingga 4 Ogos 2019.

Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, menariknya koleksi hartanah kali ini apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan diskaun tambahan berjumiah RM5,500 kepada 55 pembeli terawal sebagai simbolik ulang tahun PKNS ke-55 tahun.

Menurutnya, bukan itu sahaja, PKNS turut menawarkan diskaun sehingga 20 peratus serta kos guaman Perjanjian Jual Beli (SPA) dan duti setem Memorandum Pertukaran (MOT) secara percuma kepada bakal pembeli.

Ujarnya, pada siri koleksi hartanah kali ini juga menyaksikan satu perjanjian kolaborasi dimeterai antara PKNS dan Maybank untuk pelaksanaan Skim Smart Selangor First Home Buyer.

“Skim yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini adalah skim bantuan pinjaman untuk memudahkan rakyat Selangor, di mana Maybank akan menyediakanpembiayaan sebanyak 90 peratus. Manakala, kerajaan negeri akan memberi bantuan pembiayaan sebanyak 10 peratus dan PKNS dilantik menjadi agensi pelaksana skim ini.

“Skim ini adalah insentif pembiayaan pinjaman 100 peratus pada kadar faedah yang rendah untuk lapan tahun pertama. Ini akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan pinjaman, seterusnya memiliki rumah idaman mereka.

“Skim ini terbuka kepada pembeli Rumah Selangorku (RSKU) dibangunkan oleh PKNS dan Anak Syarikat PKNS sahaja yang terletak di Selangor Cyber Valley (SVC), Antara Gapi, Kota Puteri, Kiang dan Kampung Sri Temenggung Gombak,” katanya sambil memberitahu permohonan hanya boleh dibuat di cawangan Maybank Seksyen 14, Shah Alam Sahaja.

Selain itu, Maybank juga akan membuka kaunter khas di sepanjang siri Koleksi Hartanah ini untuk urusan perkhidmatan semakan kelayakan pinjaman perumahan untuk para pengunjung yang hadir. Para pengunjung hanya perlu membawa bersama slip gaji 3 bulan untuk proses semakan kelayakan pinjaman bagi membolehkan pengunjung membeli mana-mana unit rumah di bawah projek PKNS yang ditawarkan sepanjang koleksi berlangsung.

“Tawaran menarik diberi sepanjang pameran koleksi hartanah_ ini sebagai penghargaan khas buat pelanggan yang telah menyokong PKNS sepanjang lebih lima dekad ini, di mana ia tertakluk kepada produk hartanah terpilih.

“Dengan penglibatan Kumpulan Anak Syarikat PKNS pada pameran koleksi hartanah ini juga, pastinya menjanjikan pelbagai produk hartanah merentasi seluruh negeri Selangor yang ditawarkan. Malah, kali ini juga terdapat pameran khusus untuk projek Rumah Mampu Milik (RMM) PKNS di bawah jenama Rumah Selangorku Idaman PKNS dengan tawaran harga bermula daripada RM185,000,” katanya.

Ishak berkata, pada koleksi kali ini, PKNS menyasarkan nilai jualan RM60 juta dan beliau yakin sasaran ini mampu dicapai apabila melihat diskaun serta tawaran menarik diberi kepada pembeli.

“Kepada orang ramai yang berhasrat memiliki rumah, jangan tunggu lagi kerana inilah masanya anda perlu rebut tawaran menarik ini yang menawarkan penjimatan dan rebat sehingga RM100,000,” katanya.

Kepada orang ramai yang belum memiliki kediaman dan masih tercari-cari rumah idaman, jangan lepaskan peluang ini dengan berkunjung ke Koleksi Hartanah Siri 2/2019 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dan dapatkan rebat istimewa bersama pakej menarik yang ditawarkan.

Mengenai PKNS

PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *