Pizza Hut tawar piza satu meter

Pizza Hut tawar piza satu meter

PIZZA Hut menawarkan piza sepanjang satu meter, The Long Party Box dan dilengkapi dengan tiga sos pencicah berserta minuman ringan tanpa had untuk 10 orang dengan hanya menambah RM10 di semua cawangannya sepanjang Bulan Kemerdekaan ke-65.

Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, ‘The Long Party Box’ telah diilhamkan oleh keinginan semua orang untuk berkumpul dan makan bersama-sama, sambil mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan semasa pasca pandemik ini.

Menurutnya, sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan menyatukan orang ramai, Pizza Hut ingin mencipta sesuatu yang istimewa untuk diraikan bersama-sama.

“Memandangkan restoran kami telah pun beroperasi sepenuhnya, kami teruja untuk menggembirakan pelanggan dengan hidangan berkualiti dan pemberian nilai yang hebat.

“Itulah sebabnya kami telah mencipta tawaran minuman ringan tanpa had dengan setiap pembelian ‘The Long Party Box’.

The Long Party Box

The Long Party Box

“Kami berharap dengan tawaran ini, kami dapat memberikan pelanggan sesuatu yang menarik untuk diraikan di musim cuti dan di sepanjang Bulan Kemerdekaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, piza sepanjang satu meter yang berharga RM99 untuk hidangan ala carte ini akan menjadi menu tetap di Pizza Hut untuk dimakan di restoran dan dibawa pulang, manakala tambahan RM10 untuk minuman ringan tanpa had (untuk 10 orang).

“Tawaran istimewa ini sah dari 30 Ogos hingga 11 September 2022,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my

Sumber