PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA-MUSIM MANCHESTER UNITED DAN LIVERPOOL MENCECAH 2.5 JUTA PENONTON DI TV9

PERLAWANAN PERSAHABATAN PRA-MUSIM MANCHESTER UNITED DAN LIVERPOOL MENCECAH 2.5 JUTA PENONTON DI TV9

Dengan kemunculan sulung Erik Ten Hag sebagai pengurus pasukan bola sepak Manchester United lebih bermakna apabila kelab gergasi tersebut memenangi perlawanan persahabatan pra-musim menentang seteru Liga Perdana Inggeris, Liverpool pada 12 Julai yang lalu. Perlawanan yang berkesudahan dengan jaringan 4-0 ini telah disambut lebih meriah bersama-sama penonton yang mencecah 2.5 juta di saluran TV9! Tontonan Strim secara langsung di www.tonton.com.my. juga mencecah hampir 175,000 tontonan ketikan perlawanan iotu berlangusng di Bangkok baru-baru ini. (Sumber Nielsen,2022) 

Manchester United berjaya mengungguli musuh tradisi mereka dengan 3 jaringan gol sebelum wisel separuh pertama ditiupkan, gol-gol United dijaringkan oleh Jadon Sancho, Fed dan Anthony Martial, manakala Facundo Pellestri menyempurnakan malam yang cukup indah buat penyokong-penyokong The Red Devils dengan gol keempat. Liputan ‘Grandstand’ perlawanan ini menampilkan Hasnida Hanim dan Fariz Zolkarnain selaku hos utama, dan Hanif Miswan sebagai pengulas perlawanan. Mereka tidak bersendirian, Grandstand ini menjadi lebih gamat dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Dato’ Khairul Anwar Salleh selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Seelan Paul selaku Ketua Pegawai Eksekutif ntv7 dan Raf Yaakob yang merupakan Presiden Kelab Penyokong Manchester United Malaysia.

Nantikan perlawanan bola sepak terkini dalam dan luar negara dari masa ke semasa di TV9. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial