Pengguna Diminta Berhubung Terus Dengan MAVCOM Untuk Masalah Berkaitan Dengan Perkhidmatan Penerbangan

Pengguna Diminta Berhubung Terus Dengan MAVCOM Untuk Masalah Berkaitan Dengan Perkhidmatan Penerbangan

Pelbagai aduan berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan daripada pengguna diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bermula 01 Mac 2016, segala aduan berkenaan isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99(1)(C) yang telah dipinda dengan seksyen 99(1)(ca).

Segala transaksi ketika berhubungan dengan syarikat penerbangan perlu disimpan atau dirakam oleh semua pengguna mengikut saranan KPDNHEP untuk membuat aduan terus kepada MAVCOM beserta dengan bahan bukti yang telah dirakam atau disimpan.  Aduan boleh dibuat melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel enquiries@flysmart.my jika mereka berhadapan dengan masalah seperti yang dinyatakan di atas.

Segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada MAVCOM untuk tindakan selanjutnya.