Pemenang ‘The Face of Healthy Beauty’ jadi duta kecantikan sihat Guardian

Pemenang ‘The Face of Healthy Beauty’ jadi duta kecantikan sihat Guardian

Guardian Malaysia mencari empat pemenang bagi The Face of Healthy Beauty untuk dijadikan duta kecantikan sihat.

Guardian Malaysia mencari empat pemenang bagi The Face of Healthy Beauty untuk dijadikan duta kecantikan sihat.

GUARDIAN Malaysia kembali mengadakan peraduan ‘The Face of Healthy Beauty’ yang mahu meraikan kecantikan sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima keunikan diri.

Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Angela Teo berkata, pihaknya mencari empat orang pemenang untuk dinobatkan sebagai The Face of Healthy Beauty sekaligus menjadi duta kecantikan sihat Guardian.

“Kesemua pemenang bakal menerima satu tahun kontrak bersama Guardian Malaysia dan menjadi muka hadapan bagi katalog serta material jualan lain.

“Bukan itu sahaja, individu yang berjaya akan membawa pulang wang tunai dan baucar bernilai RM10,000, produk daripada penganjur serta barangan penjagaan mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Teo menjelaskan bahawa pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian bukanlah pertandingan kecantikan sebaliknya mahu meraikan kecantikan dalaman dan luaran yang ada pada diri.

Menurutnya, konsep ‘Healthy Beauty’ adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan baik merupakan asas kepada kecantikan sebenar.

Katanya, pelanggan Guardian Malaysia percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera.

“Peraduan ini bermula pada 26 Jun hingga 6 Ogos 2023. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Peserta hanya perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai pencarian, terma dan syarat penuh penyertaan sila layari https://theface.guardian.com.my

Sumber